Isu liwat tidak ‘jalan’ di Permatang Pauh – KeADILan

HARAKAHDAILY – Rakyat berbilang kaum di Permatang Pauh bukannya ‘tunggul’ yang boleh dipergunakan oleh Barisan Nasional (BN). Mereka akan memberikan sokongan besar dan dijangka majoriti calon Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan meningkat.

Ikuti wawancara Harakahdaily dengan Pengarah Pilihanraya KeADILan Negeri Pulau Pinang, Mustaffa Kamal Mohd Yusuf.

Harakah: Apa pandangan saudara mengenai sambutan terhadap sokongan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini?

Mustafa Kamal: Gerakerja sekarang ini berjalan dengan lancar malahan lebih baik lagi berbanding pilihan raya umum lalu.

Lagipun perpaduan kita hari ini lebih mantap dengan parti lain seperti PAS dan DAP.

Hasilnya dapat menyalurkan maklumat dengan lebih cepat sehinggalah menepati sasaran. Selain melaksanakan program ceramah kita juga tidak lupa mengadakan ziarah ke kampung-kampung.

Melihat kepada suasana penamaan calon di Institut Perguruan Tunku Bainun tempohari adakah ia mengambarkan sokongan pada Pakatan Rakyat masih kuat?

Tidak boleh dinafikan sokongan masyarakat daripada bukan Melayu makin meningkat dan yang paling penting bagi saya ialah kewujudan kesepakatan yang belum pernah berlaku dalam pilihanraya kecil lain.

Selama pengalaman saya belum pernah melalui suasana sebegini kerana setiap malam ada sahaja gerakerja yang dihalusi.

Image Adakah sumpah Saiful Bukhari Azlan boleh menjejaskan kempen Anwar di Permatang Pauh?

Saya rasa perkara liwat tidak langsung memberikan kesan pada pengundi di sini malahan mereka lebih matang untuk melakukan perubahan. Kita juga yakin rakyat di Permatang Pauh tidak akan berganjak daripada meneruskan reformasi terhadap negara yang mereka cintai.

Bagaimana pula sokongan terhadap masyarakat Cina di parlimen ini?

Sokongan masyarakat Cina jauh lebih tinggi berbanding dalam pilihan raya umum lepas. Kaji selidik kita mendapati angka majoriti akan bertambah daripada apa yang Dato’ Seri Dr Wan Azizah perolehi. (Mustafa Kamal – gambar).

Ada pendapat mengatakan jika Anwar memperolehi majoriti rendah berbanding PRU lepas, sokongan terhadap Pakatan Rakyat mula menurun. Adakah ia benar?

Kita kena ingat pilihan raya kali ini bukan pilihan raya umum. Tetapi pilihan raya kecil yang menyaksikan semua jentera terutamanya BN akan turun berkali ganda bahkan akan mempergunakan semua jentera kerajaan dan wang ringgit

Saudara yakin undi Anwar akan meningkat?

Ya! saya yakin kerana ramai anak muda memberikan sokongan yang cukup padu. Bila kita ke kampung-kampung pun nampak jelas banyak jentera muda membantu dengan sungguh hati tanpa sebarang bayaran.

Alhamdulliah semangat jentera KeADILan kini jauh beza dengan KeADILan di tahun 1999 yang mana waktu itu ramai jentera KeADILan agak kaku maklumlah dulu dalam Umno semuanya diuruskan oleh jentera kerajaan seperti Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), polis dan seumpamanya.

Apa komen saudara tentang cara jentera BN berkempen BN tetap mengamalkan cara lama untuk berkempen. Perayu mereka masuk kampung gertak orang yang makan gaji dengan kerajaan dan ada yang pujuk agar pengundi jangan undi orang yang suka liwat bahaya terhadap masyarakat.

Tindakan mereka itu seolah–olah negara ini tiada undang-undang. Corak kempen sebegini merupak politik yang sudah ketinggalan. Rakyat sekarang sudah berfikiran matang tidak lagi mengamalkan corak politik ‘tunggul’.

Adakah media membantu kempen KeADILan atau sebaliknya?

Memang ada tetapi masih lagi mengamalkan media yang berat sebelah Namun, bila ada saluran alternatif kita dapat juga menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat keseluruhanya dan rakyat menerima dengan baik.

Cuma media arus perdana sahaja yang masih main kotor untuk memenangkan BN dengan memberi gambaran salah Pakatan Rakyat serta mahu memecahkan ikatan perpaduan yang jitu.

Media utama harus bebas dengan mengambil sama berita-berita pembangkang kerana KeADILan dan Pakatan Rakyat juga parti yang sah di negara ini.

Harapan saudara kepada pengundi Permatang Pauh

Saya berharap pengundi dapat membuat pemilihan yang bijak dan tidak terpengaruh dalam politik sempat BN. Apa yang dimainkan oleh Umno-BN terutamanya kes khianat terhadap bangsa melayu, ejen Cina dan sebagainya saya rasa sudah tidak lunak di mata rakyat yang kini sudah celik politik.

Bukan macam dulu mereka diperbodokan melalui media elektronik dan cetak kononya pembangkang tidak boleh memerintah. Kini, lima buah negeri diperintah Pakatan Rakyat dan ini sekaligus dapat membantu kempen pada pilihanraya kecil ini.

Menteri Besar dan Ketua Menteri Pulau Pinang semuanya turut sepentas menerangkan sebenarnya Pakatan Rakyat memerlukan seorang kepimpinan ternama untuk memerintah negara yang sedang menuju kehancuran.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: