TPM: Akta DNA bukan untuk Anwar

MALAYSIAKINI – Timbalan perdana menteri membidas pembangkang yang mengaitkan pembentangan Rang Undang-Undang Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Dewan Rakyat ada kaitannya dengan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini calon PKR dalam pilihanraya kecil yang sedang berlangsung.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut menafikan dakwaan pembangkang bahawa akta itu mempunyai konspirasi politik, lapor Bernama.

“Apa-apa yang kita buatpun, dia (pembangkang) dakwa ada kaitan dengan pilihanraya dan ada konspirasi politik itu.

“Itu adalah perkara biasa tetapi sebenarnya akta ini dah lama disediakan, cuma belum dibentangkan,” katanya selepas melawat bilik gerakan BN Sama Gagah dalam kawasan pilihanraya kecil Permatang Pauh

Rang Undang-undang DNA itu dibentang untuk bacaan kali pertama hari ini dan dijangka diluluskan pada sesi Dewan Rakyatyang sedang berlangsung sekarang.

Najib dminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa pembentangan tiba-tiba rang undang-undang itu berkaitan dengan pilihanraya kecil itu 26 Ogos.

Pada pilihanraya itu, Anwar bersaing dengan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: