6 kotak rahsia masih dipegang Anwar – Ezam

mSTAR – PERMATANG PAUH: Di mana enam kotak rahsia sekarang? Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohamad Nor berkata, “ia masih dalam milikan Anwar.”

“Jika hendak tahu di mana enam kotak (yang dikatakan rahsia besar) ada sekarang, kena tanya pada Anwar. Jangan tanya saya,” kata beliau ketika ditemui selepas selesai berkempen di kawasan Permatang Rawa Hujung di sini malam tadi.

Isu enam kotak berahsia menjadi fokus pertanyaan banyak pihak khususnya selepas Ezam keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kemudian menyertai semula Umno pada Mei lalu.

Banyak pihak bertanya apa sudah terjadi dengan kota-kotak rahsia yang heboh diperkatakan sejak Anwar dipecat daripada kerajaan dan parti pada 1998.

Ia telah dijadikan bahan kempen politik sejak itu.

Bagaimanapun kewujudan enam kotak itu lenyap sejak empat tahun lalu.
Ezam keluar daripada PKR dua tahun lalu.

Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Muda PKR juga menyentuh isu tersebut dan dakwaan konspirasi politik dalam kempennya di Permatang Pauh – hari pertama berkempen beliau dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Jelas Ezam, beliau tidak pernah menyimpan kotak-kotak berkenaan sama sekali sejak dahulu lagi.

Sebaliknya Ezam mengakui beliau memang mengetahui kandungan dalam kotak berkenaan.

“Antaranya berkaitan dengan laporan audit Perwaja,” katanya.

Malah, jelas Ezam, kandungan kotak rahsia berkenaan tidak disimpan oleh seorang sahaja.

“Anwar serahkan kepada beberapa orang, malah ada yang disimpan di luar negara,” katanya.

Tambah beliau, kandungan berahsia itu melibatkan beberapa orang menteri, tetapi Anwar juga bertindak selektif dengan hanya mendedahkan anggota Kabinet tertentu.

“Beliau juga membuat dakwaan berselektif. Sepatutnya beliau mendedahkan kesemua menteri yang berkaitan,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: