Shahidan dakwa perayu undi turut diancam dengan racun serangga, BENARKAH ??

AGENDA DAILY – Beberapa perayu undi Barisan Nasional (BN) mendakwa telah diancam untuk disembur dengan racun serangga jika terus mempengaruhi para pengundi untuk menyokong calon BN pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau menerima laporan daripada beberapa wanita perayu undi dari Perlis itu dan menyifatkan ia sebagai ancaman yang serius.

Ketika menghubungi Bernama di Kangar Ahad, bekas Menteri Besar Perlis itu kecewa dengan sikap agresif para penyokong parti pembangkang sehingga ada yang sanggup untuk menyembur racun serangga kepada para perayu undi pada hari pertama kempen itu bermula.

Bagaimanapun, Shahidan enggan menyatakan lokasi kejadian itu berlaku.

Shahidan turut kecewa dengan insiden serangan anggota-anggota PKR terhadap para pekerja parti BN hingga turut mengakibatkan dua jurugambar tercedera dalam kejadian di lebuh raya Kulim-Butterworth tidak jauh daripada Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) yang menjadi pusat penamaan calon.

Katanya, pekerja BN yang terbabit dalam insiden itu ialah dari Perlis manakala jurugambar yang terbabit dalam kejadian itu turut menaiki kenderaan yang dikepung itu untuk merakamkan gambar-gambar.

Sasaran utama para penyokong pembangkang yang agresif itu mungkin kepada pekerja parti BN, katanya.

Shahidan berkata, beliau telah terbabit dengan 16 pilihan raya umum dan pilihan raya kecil namun apa yang berlaku di Permatang Pauh adalah antara yang paling ganas dan menakutkan.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis turut mendakwa para penyokong parti pembangkang turut meludah ke arahnya.

Sementara itu, seorang pekerja parti BN, Fauzi Ahmad, 40, kecewa dan sedih dengan kejadian yang berlaku di Permatang Pauh semalam sehingga menyebabkan kenderaan pikapnya rosak.

Katanya, ketika melalui kawasan itu pukul 1.30 tengahari semalam, kenderaaannya yang membawa para pekerja parti telah diserang dan dua jurugambar turut tercedera.

Gambar kenderaannya yang diserang serta jurugambar yang dibelasah dimuatkan di muka depan akhbar-akhbar utama hari ini.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: