Raja Petra: Peguam buat laporan polis

KOSMO! – KUALA LUMPUR – Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah membuat laporan polis terhadap penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berhubung tiga artikel yang didakwanya mengandungi tuduhan tidak berasas terhadap dirinya.

Muhammad Shafee membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dang Wangi pukul 6.20 petang semalam.

Beliau mendakwa, tiga artikel tersebut yang masing-masing bertarikh 6, 7 dan 11 Ogos dengan tajuk Abdullah: Sodomologist Extraordinaire, Money, Power and Sex: What Motivates Man dan The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation, mempunyai beberapa tuduhan yang tidak berasas terhadap dirinya dan pihak polis.

“Saya menyifatkan kesemua artikel terbabit sebagai hasutan yang amat serius,” katanya.

Katanya, beliau juga akan menyaman 45 orang yang memberi komen berhubung artikel itu yang didakwanya juga berbentuk hasutan dalam blog itu. – Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: