Puteri Umno dakwa diraba dan diludah penyokong pembangkang

mSTAR – BUKIT MERTAJAM: Ketika para penyokong parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) rancak memberi sokongan kepada calon masing-masing pada penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di sini, hari ini, ada penyokong pembangkang yang mengambil kesempatan meraba sekumpulan angota Puteri UMNO dan tidak cukup dengan itu, meludah mereka.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10 pagi itu hampir mencetuskan pergaduhan di antara penyokong keduadua parti tetapi keadaan tegang itu dapat dikawal oleh pasukan polis yang bertugas.

Sambil melahirkan rasa kecewa dengan insiden itu, Ketua Puteri UMNO Datuk Noraini Ahmad mendakwa, sekumpulan lelaki yang memakai baju T Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta membawa bendera parti itu telah meraba punggung beberapa anggota Puteri UMNO semasa melalui belakang mereka.

Apabila anggota Puteri memarahi mereka, kumpulan lelaki itu telah meludah ke arah mereka menyebabkan anggota Puteri terbabit melaporkan insiden itu kepada polis yang membawa masuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mententeramkan keadaan, katanya.

Noraini berkata kejadian itu amat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku terutama membabitkan penyokong Melayu beragama Islam.

“Ini belum apa-apa lagi dah tunjukkan kekasaran. Budaya samseng di kalangan  pemuda pembangkang sudah ada, pada hal ini baru hari penamaan calon,” katanya.

Noraini turut mempersoalkan pendirian kumpulan pemuda terbabit kerana apa yang berlaku membabitkan maruah kaum wanita.

“Kumpulan lelaki yang meraba dan meludah jentera Puteri Umno itu tak gentleman langsung. Mereka (lelaki) sepatutnya kena hormat dan melindungi golongan wanita, bukannya melakukan perkara tidak senonoh,” katanya.

Noraini berkata, semua pihak tahu kedua-dua parti berusaha untuk menang tetapi bukan dengan cara sebegini kerana ia bukan budaya Malaysia.

“Tolonglah! Kita rakyat Malaysia yang penuh dengan adat ketimuran. Biarlah pilihan raya ini berjalan dengan baik dan tiada perkara seperti ini berlaku lagi. Kita sama-sama berjuang kalau boleh biarlah secara bersih,” katanya.

Beliau berkata, untuk pilihan raya kecil ini, Puteri akan bergandingan dengan Wanita UMNO untuk berkempen dari rumah ke rumah bagi meraih undi untuk memastikan calon BN menang.

“Seramai 1,500 jentera Puteri dari seluruh negara akan digerakkan sepanjang 10 hari berkempen itu, dan kita akan berkempen habis-habisan,” katanya. BERNAMA

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: