Pegang al-Quran semasa sumpah kepercayaan salah: Mufti Perlis

BERITA HARIAN – KANGAR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui cara melakukan sumpah laknat sambil memegang al-Quran sebagaimana yang dilakukan oleh bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu adalah kepercayaan yang salah dan tidak perlu dilakukan.

Bagaimanapun katanya, lafaz sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, bahawa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.
“Lafaz sumpah itu betul mengikut ajaran Islam tetapi tindakan memegang al-Quran dan berada dalam masjid tidak perlu dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beberapa pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cara bersumpah itu sambil memegang al-Quran sebagai meniru amalan penganut Kristian yang bersumpah sambil meletakkan tangan atas Bible.

Pada Jumaat lalu, Mohd Saiful Bukhari melafazkan sumpah itu di Masjid Wilayah Persekutuan yang disaksikan juga bapanya, Azlan Mohd Lazim, yang mendapat liputan meluas media massa.

Katanya, sumpah yang dilakukan itu juga bukan bagi menentukan pihak mana yang betul atau salah tetapi ia sekadar untuk mengelak daripada prasangka atau tuduh menuduh antara kedua-dua pihak.

Ditanya sama ada Mohd Saiful Bukhari perlu mengulangi sumpahnya ekoran ada pihak yang mempertikaikannya, Mufti berusia 36 tahun itu berkata, perkara itu tidak perlu dilakukan.

Semalam, Azlan mempertahankan kaedah sumpah yang dilakukan anaknya itu adalah betul setelah mendapat nasihat ulama dan tiada sebab untuk anaknya mengulanginya.

Mengenai sama ada proses mubahalah yang dicetuskan olehnya suatu ketika dahulu itu sudah sempurna, Mohd Asri berkata, ia belum sempurna selagi Anwar yang juga calon PKR bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh belum melakukan perkara sama. – Bernama

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: