‘Mayat AUKU’ dirampas polis

MALAYSIAKINI – “Kami bawa mayat AUKU, tetapi kemudian dirampas oleh polis” – kata seorang aktivis Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA).

Patung mayat, sebesar saiz manusia, yang dikafankan dengan kain putih diusung dalam keadaan renyai-renyai dari depan pintu bangunan Parlimen ke pinggir Tugu Peringatan Negara selepas bantahan sekumpulan aktivis pelajar selesai.

Menurutnya lagi, tiga anggota polis merentap patung mayat itu, yang dijadikan lambang bantahan hampir 100 pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), dengan berkata “tolong beri kerjasama.”

Ridzuan Ahmad berkata kejadian berlaku secepat kilat dan mayat AUKU dibiarkan dalam simpanan polis tanpa sebarang pergelutan.

Rang undang-undang pindaan AUKU dijadual dibentangkan untuk bacaan kali kedua minggu ini di Dewan Rakyat.

Beberapa bahagian pindaan yang dijangka panas termasuklah Seksyen 15 (hak mahasiswa berpersatuan), Seksyen 9 (kuasa menteri melantik ketua kampus cawangan) dan Seksyen 12 (hak menteri meminda, mengubah, atau membetulkan sesuatu perintah kampus).

Dalam seksyen baru 4(a) dan 4(b) pula, dijangka berlaku perdebatan hangat berkenaan jawatankuasa menasihati menteri bagi melantik naib canselor yang menyebut “menteri dari masa ke semasa hendaklah melantik satu jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai perlantikan itu”.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: