Kempen pilihan raya masih dingin, Saiful tetap isu panas

mSTAR – (ANALISIS) Kempen dua hari pertama berakhir malam tadi dengan kehadiran pemimpin-pemimpin kanan parti bertanding. Mereka termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalannya dan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di pihak Barisan Nasional.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang hadir pada hari penamaan calon, tidak muncul malam tadi sebagaimana dimaklumkan. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, Mohamad Sabu merupakan antara pemimpin yang hadir sejak hari pertama kempen.

Suasana hangat dan tegang yang dapat dilihat pada pagi penamaan calon tidak dilihat ketika kempen sepanjang 48 jam pertama.

Perkara ini turut diakui wakil kedua-dua pihak. Bekas calon dan calon semasa Barisan Nasional (BN) mengakui tentang perkara.

Datuk Pirdaus Ismail yang pernah dua kali bertanding bersetuju bahawa kempen belum panas lagi.

Selain masih awal lagi, kata beliau, ia juga disebabkan Umno peringkat cawangan seluruh negara hanya selesai mengadakan mesyuarat semalam dan pasti mereka akan menggerakkan jentera selepas ini.

“Keadaan akan berubah dalam sehari dua ini,” katanya. Poster-poster peribadi calon masih belum kelihatan kecuali poster dan kain rentang parti.

Yang menarik Pakatan Rakyat sudah menaikkan kain rentang dan papan iklan yang tertera “Pakatan Rakyat Menuju Putrajaya” dan “Ke Putrajaya Bermula di Permatang Pauh” di sana sini.

Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan kempen terbuka besar-besaran yang dihadiri dalam sekitaran 5,000 orang, BN mengambil pendekatan sebaliknya – antaranya lawatan ke rumah dan kempen kecil-kecilan.

Datuk Arif Shah Omar Shah yang bertanding mewakili BN juga mengakui suasana sedemikian tetapi rela dan tetap mahu memainkan peranan sebagai “underdog”.

Di sebalik tanggapan suasana kempen yang dingin, isu utama yang menarik ialah isu liwat dan disusuli dengan tindakan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, melakukan sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Jumaat lalu.

Isu ini digunakan secara langsung dan tidak langsung sejak Jumaat lalu.

Risalah-risalah yang diedarkan oleh PKR termasuk laporan perubatan Hospital Pusrawi, yang didedahkan oleh portal berita tiga minggu yang lalu. Terbitan-terbitan ini secara langsung dan tidak langsung menyebut soal liwat dan tuduhan dihadapi Anwar.

Bagaimanapun Najib menafikan kenyataan Anwar yang Barisan Nasional (BN) mengeksploitasi kes liwat yang dihadapi Anwar dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

“Kami tidak mengeksploitasi kes liwat itu. Ia soal peribadi,” katanya.

Semalam Anwar berkata, BN menggunakan kes liwat itu sebagai slogan mereka dalam kempen pilihan raya kecil itu ekoran penyokong BN didakwa menggunakan perkataan “liwat” sebagai slogan di pusat penamaan calon. Tetapi kumpulan penyokong juga menggunakan slogan berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya.

Dalam sidang media formal pertama pagi semalam, Anwar berkata, “kami menggunakan agenda reformasi, mereka (BN) menggunakan agenda liwat.”

Najib tidak menafikan kes liwat dan sumpah menggunakan al-Quran oleh orang yang mendakwa Anwar meliwatnya telah menjadi bahan perbahasan antara penyokong BN dan parti politik lain.

Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri dan bekas Ketua Pemuda Umno
Permatang Pauh ketika Anwar masih dalam kerajaan dan mengetuai bahagian itu berkata, beliau telah mengarahkan jentera pilihan rayanya agar tidak menggunakan isu melihat sebagai bahan kempen.

“Ini (liwat) isu peribadi dan jangan campurkan dalam kempen politik,” katanya.

Semalam Anwar juga mendakwa isu agama telah dijadikan bahan politik dan kempen di Permatang Pauh.

Dari awal lagi Arif Shah telah menegaskan beliau tidak akan menggunakan pendekatan konfrontasi.

Di sebalik suasana berkempen yang seolah-olah dingin, beberapa ejen BN yang ditemui mereka berhadapan dengan kempen kasar daripada pihak lawan.

Walaupun kejadian-kejadian itu tidak besar, pihaknya berkata, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat menggunakan pendekatan provokasi.

Anwar juga mengakui bahawa tindakan Anwar yang sering menyelar media arus perdana semasa mengadakan ceramah politik mungkin mendorong penyokongnya bertindak ganas terhadap kakitangan media.

Mengakui yang perkara itu mungkin menjadi punca kepada tindakan penyokongnya menyerang anggota media, Penasihat PKR itu berkata:

“Kami tidak pernah terniat untuk mempersoalkan atau mencederakan pemberita atau (kakitangan) media. Anda betul untuk mempersoalkan supaya mengingatkan rakan dan penyokong kami… pendirian kami ialah kami tidak mahu (laporan) yang berat sebelah, memfitnah dan berniat jahat semasa pilihan raya,” ujar beliau.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh diadakan selepas Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan itu pada 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding.

Ia membabitkan pertandingan tiga penjuru antara Arif Shah, Anwar dan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia, Hanafi Mamat. Bagaimanapun Hanafi belum memulakan kempen secara agresif.

Malam tadi Anwar juga menegaskan, tidak mahu isu Saiful diperkatakan dalam kempen politik.

Sehingga malam tadi, Anwar hanya membawa isu nasional dalam kesemua ceramah kempennya. Isu yang dibawa beliau ialah isu kenaikan harga minyak, rasuah, kronisme, kepimpinan lemah dan BN, dan keadilan untuk semua kaum dengan mengubah dasar-dasar sosial dan ekonomi yang tidak sesuai serta kebebasan institusi kerajaan. Malah beliau juga mengecam kepimpinan Abdullah dan Najib.

Malah ceramah Anwar juga menegakkan pendiriannya sebab perlu membawa beliau ke Putrajaya.

Ada bahan kempen mengatakan bahawa jika mengundi Anwar bermakna pengundi memperoleh dua undi. Maknanya undi mereka bukan sahaja membawa kemenangan kepada Anwar di Permatang Pauh tetapi kejayaan memasuki Putrajaya kelak.

Pada malam pertama kempen Anwar berkata: “Belanjawan akan dibentangkan oleh Perdana Menteri (yang juga Menteri Kewangan) pada 29 Ogos (ini), saya akan duduk bertentangan dengan (sebagai Ketua Pembangkang) ketika itu.” Ia merujuk kepada keyakinan beliau akan menang.

Kempen BN selain menyentuh beberapa isu nasional, ia juga menggunakan soal tempatan yang tiada pembangunan sepanjang 10 tahun lalu sebagai modal politik utama.

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohamad Nor yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar berkempen setiap malam sejak kelmarin. Beliau menjawab isu-isu dibawa oleh Anwar terhadap kepimpinan Abdullah dan soal konspirasi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: