Ezam Dedah permintaan Wan Azizah kepada PM…

KOSMO! – BUKIT MERTAJAM – Penduduk di Tanah Liat malam kelmarin didedahkan dengan kisah kesusahan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dibantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2004 lalu.

Bekas Ketua Angkatan Muda parti itu, Ezam Mohd. Nor (gambar) memberitahu, beliau membawa Wan Azizah berjumpa Perdana Menteri bagi membantu meringankan masalahnya.

Katanya, ketika berjumpa Abdullah, Wan Azizah meminta tiga perkara bagi membantu meringankan beban suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu berada di penjara.

Permintaan pertama ialah untuk membawa Anwar keluar dari penjara bagi membolehkannya mendapatkan rawatan di hospital.

“Perdana Menteri membuat panggilan telefon dan Anwar dibawa keluar pada waktu malam dari penjara ke hospital.

” Tidak pernah dalam sejarah, penjara dibuka waktu malam untuk membawa banduan ke hospital.

“Namun, Abdullah berbuat demikian bagi membantu meringankan kesusahannya,” kata Ezam ketika berceramah di Tanah Liat di sini malam kelmarin.

Permintaan kedua ialah untuk membawa Anwar ke luar negara bagi menjalani rawatan dan perkara itu Abdullah memberitahu beliau tidak berjanji, sebaliknya sedia menimbang.

Permintaan ketiga pula ialah meminta Perdana Menteri tidak campur tangan dalam kes rayuan Anwar di mahkamah.

APA PANDANGAN ANDA TENTANG PENDEDAHAN INI ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: