Azmin Ketua Pembangkang baru?

KOSMO! – KUALA LUMPUR – Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Parlimen Ke-12 bermula hari ini tanpa kehadiran ketua pembangkang selepas penyandangnya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen pada 31 Julai lalu.

Namun, Ketua Whip Pakatan Rakyat, Mohamed Azmin Ali disebut-sebut bakal mengisi kekosongan tempat itu memandangkan beliau seorang pemimpin kanan dalam PKR.

Sementara itu, menurut laman web rasmi Parlimen Malaysia, persidangan Parlimen bagi Mesyuarat Ketiga bermula dengan sidang Dewan Rakyat dari hari ini hingga 11 Disember ini, iaitu selama 41 hari bersidang.

Aturan urusan mesyuarat bermula hari ini mengandungi bacaan pertama bagi Rang Undang-Undang Indentifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008.

Ia disusuli bacaan kedua bagi Rang Undang-Undang Lembaga Kenaf danTembakau Negara 2008, Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan) 2008 dan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 untuk dibahaskan anggota Parlimen.

Pada sidang yang sama, Bajet 2009 akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Ogos iaitu hari terakhir sebelum sidang berehat sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: