Sumpah Saiful cabar kewibawaan mahkamah?

MALAYSIAKINI – Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepatutnya mengemukakan segala dakwaan atau keterangan di mahkamah dan bukan di tempat awam serta disiarkan media, kata Setiausaha Agung, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang.

Beliau berpendapat tindakan Mohd Saiful bersumpah laknat seolah-olah tidak menghormati dan mencabar kewibawaan insitusi mahkamah, demikian menurut laporan Bernama.

Mohd Saiful mengangkat sumpah itu di Masjid Wilayah Persekutuan Jumaat lalu dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya secara paksa.

Majlis angkat sumpah itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Mohd Saiful mengangkat sumpah di Dewan Solat Utama dengan menghadap kiblat.

Saiful mendakwa beliau diliwat secara paksa oleh penasihat PKR itu di kondominium mewah di Damansara.

Dakwaan itu diumumkan di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas mengangkat sumpah laknat untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

5 Komen

  1. sarayohsabah said,

    18 Ogos 2008 pada 12:41 am

    sungguh menghairankan tuduhan kes liwat 2 tdk konsisten, si sipol membuat tuduhan dan kenyataan berbeza2…si sipol ni sia rasa seorang pemuda 23 thun, tegap tinggi lbh kurang 6 kaki, sihat dan badan besar…adakah DSAI boli liwat secara paksa/rogol si sipol yg begitu bertenaga dan lebih kuat berbanding dgn DSAI…yg sia tahu DSAI sudah berumur 61 thun, sakit2 semanjak di panjara dan dipukul begitu teruk sekali..logik ka DSAI merogol si sipol atau si sipol yg meliwat/merogol DSAI…takkan si sipol tdk melawan klu betul DSAI meliwatnya..sya rasa klu si sipol sekali tumbuk atau tendang DSAI… fikirkan apa yg terjadi kpd DSAI tentu la terpalanting..klu la betul liwat berlaku sudah tentu suka sama suka…jdi apa alasan DSAI shja yg di dakwah, dakwah la juga si sipol di mahkamah…sya rasa si sipol ni bodo, kayu dan gila..nampak la betul ada agenda..org gila shja yang percaya sumpah si sipol yang bodo

  2. hamba allah said,

    18 Ogos 2008 pada 9:54 am

    si syaful memang menipu besar. mungkin dia mempunyai dubur yang berlobang besar oleh itu mudah dilewat. semua ceritanya tipu

  3. pening kepala said,

    18 Ogos 2008 pada 9:04 pm

    liwat liwat liwat…tak ada ke tuduhan lain? lapok dah “liwat” tuh..kreatif la sket…huhu

  4. tigerchan said,

    19 Ogos 2008 pada 1:20 pm

    Penulisan saya ini adalah reaksi terhadap Isu “Anwar Liwat Saiful”. Ini sudah membuka lembaran baru bagi semua pihak, terutama sekali ummat Islam di Malaysia. Apakah kaitannya dengan hukum-hakam Islam. Saya, sebagai seorang Muslim mengambil kira hal ini kerana ia menyentuh soal aqidah dan ugama. Maka ia hangat diperkatakan. Secara rengkas, sungguhpun Saiful bersumpah untuk menghapus “fitnah” terhadap dirinya, tapi dia telah membuat satu kesilapan besar. Ini kerana dalam percaturan tuduh-menuduh, Anwar Ibrahim telah mendapat -the upperhand- lebih logik dan berwibawa.

    Ketika Saiful mendakwa “Anwar Meliwat” itu dalam hukum Islam masuk dalam bab QAZAF. Sekiranya Anwar betul-betul liwat, dan dikira bersalah seperti mana yang didakwa oleh Saiful, tapi Anwar untuk mengelak dia di hukum, dia lebih cerdik kerana cepat-cepat melaporkan perkara tuduhan liwat ke Mahkamah Syariah. Kemudian pihak Mahkamah Syariah kenalah menyiasat perkara ini. Ya, Anwar bersalah kerana meliwat pada pandangan dzahir, tapi pada hukum syara’ dia dikira tidak bersalah …kerana Saiful kena bawa 4 orang saksi yang melihat dengan mata mereka sendiri perbuatan liwat itu. Dalam hal hukum QAZAF, Saiful dikira bersalah walaupun dia bersumpah diluar Mahkamah bahawa Anwar benar-benar telah meliwatnya.

    Ya, Anwar telah berjaya memerangkap Saiful. Nanti Mahkamah Syariah akan memanggil Saiful atas laporan adakah benar atau tidak dia menuduh Anwar buat kerja liwat ? Maka Saiful boleh menarik balik tuduhan dia itu (sebab dia tak dapat cari saksi-saksi menurut hukum syara’), maka kes ini boleh digugurkan. Itu, sekiranya Saiful menarik balik atau menafikan sebelum kes itu bersabit di Mahkamah Syariah, dan Anwar boleh menarik balik laporan yang dibuat terhadap Saiful.

    Perbuatan Saiful bersumpah di khalayak ramai sudah menjadi bukti bahawa dia menuduh Anwar liwat dan Mahkamah Syariah sudah mendapat bukti yang kukuh bahwa laporan Anwar itu benar, “terlaknatlah” Saiful mengikut hukum Islam, yang Saiful meminta dirinya dilaknat. Sumpahnya telah memakan dirinya mengikut hukum dan kaedah Islam. Saiful dikira bersalah dari segi shara’ , dia patut disebat 80 kali ..atau di penjara 3 tahun, lebih-lebih lagi dia kira sebagai “pembohong” yang kita tidak boleh berkawan dengan atau menyokong Saiful.

    In the Islamic sense, Saiful will be outlawed , considered a vile man and a liar …even if he thinks or declares he is telling the truth. We have Islamic laws. Jangan sekali-kali tuduh orang berzina atau liwat. Kita ada hukum-hakam Islam yang melindungi maruah seseorang Islam. Saya percaya Anwar liwat, tapi saya TIDAK BOLEH mengisytiharkan secara terbuka kerana itu QAZAF namanya. Saya boleh dihukum mengikut undang-undang Islam, fahamlah dan berimanlah.

    Sekali lagi, mungkin Anwar di pihak yang salah, tapi kita dikira oleh syara’ sebagai pembohong kerana tidak berjaya membuktikan di Mahkamah Syariah. Dalam isu ini Anwar telah berjaya memerangkap Saiful …dan mengusik jiwa kita, apakah kita ini, beriman atau kufur ?

    Tambahan pula ramai orang Melayu di Malaysia ini jahil tentang Islam itu sendiri. Suka mempersenda hukum-hakam Islam. Sila renungkan:

    Macam tersebut dalam Al-Qur’an: ” a fa tu’minuna bi ba’dhi _l-kitab wa ta’furuna bi _l-ba’dh ” = adalah kamu beriman kepada sebahagian kitab dan kamu kufur kepada bahagian yang lain ? [Al-Baqarah (2) : 85]. Kalau betul sekalipun Anwar meliwat dia, adalah lebih baik dia diam kerana perbuatannya ialah hukum QAZAF. Kalau dia engkar hukum QAZAF, ertinya dia menolak hukum Islam. Fahamlah sendiri.

    Apa yang Saiful buat, bersumpah di masjid bukan MUBAHALAH namanya. Dalam majlis mubahalah, kedua pihak yang saling menuduh mesti berdepan, berhujjah atas perkara ilmiah dan akhirnya bersumpah laknat jika kedua-kedua pihak menemui jalan buntu.

    Anwar tidak perlu bersumpah kerana dia sudah buat laporan di mahkamah syariah. Lagipun secara terbuka dia berkata dalam salah satu ceremahnya:

    Dia membaca ayat “wa makaruu wa makar ALLAH, wa ALLAHu khairu l-maakireen” = dan mereka mengatur tipu muslihat, dan ALLAH pula mengatur, dan ALLAH adalah yang sebaik-baik pengatur – tipu muslihat ..[Ali Imran (3) : 54]. Oleh itu secara tidak langsung Anwar bermaksud Allah akan bakal menghukum orang yang menipu. Jika Anwar yang menipu dia sendiri akan menerima akibatnya umpama dirinya sendiri akan dilaknat.

  5. tigerchan said,

    19 Ogos 2008 pada 11:38 pm

    Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUM PP) merujuk kepada isu sumpah (mubahalah) yang telah dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan (pendakwa – mudda’i) berhubung pertuduhan liwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

    PUM PP berpandangan adalah tidak wajar mempolitikkan isu sebegini dan pihak-pihak tertentu yang menggunakan nama Islam dan Syariah untuk kepentingan tertentu harus berhenti sama sekali dari berbuat demikian.

    PUM PP menyarankan agar isu ini diselesaikan mengikut peraturan dan Syariat Islam sepertimana yang digariskan dalam undang-undang Syariah Islam jika benar pihak terbabit ikhlas mahu menyelesaikannya mengikut lunas-lunas Islam.

    PUM PP menyatakan pendirian bahawa bersumpah dengan memegang al-Quran tidak ada dalam tradisi dan Syariat Islam dan tidak wajar dicampur-adukkan dalam sumpah yang dilakukan itu.

    PUM PP juga menyatakan bahawa pendakwa (Saiful) tidak ada keperluan untuk melafazkan sumpah memandangkan beliau adalah di pihak yang membuat pertuduhan.

    Dalam Syariat Islam, kes ini diklasifikasikan sebagai kes Hudud (dalam bab zina) dan pendakwa wajar membawa bukti mengikut Syarak bahawa perlakuan liwat berlaku dan perkara ini akan dibicarakan di mahkamah selaras kaedah feqah ‘al bayyinah alal mudda’i wal yaminu ala man ankara’ � pihak pendakwa perlu mengemukakan bukti (empat orang saksi) manakala yang menafikan dikehendaki bersumpah.

    Pada asasnya, Islam meletakkan peraturan yang jelas bagi memungkinkan keadilan dicapai melalui proses kehakiman dan pembuktian terlebih dahulu sebelum sebarang sumpah dilafazkan. Sumpah sebegini tidak wajar dilaksanakan sebelum proses kehakiman diselesaikan.

    Perkara yang berlaku ini akan memberi kesan buruk antara lain kepada perlaksanaan sistem kehakiman Syariah di Malaysia apabila pada masa akan datang pelbagai pihak boleh menggunakan ini sebagai ‘precedent’ bagi mendahulukan sumpah terutama dalam kes li’an sebelum proses kehakiman dapat dilakukan.

    Proses pembuktian dan pengadilan akan diketepikan dan pihak yang bersalah boleh memilih untuk menggunakan sumpah (yang tidak memerlukan pembuktian) bagi menyelamatkan diri dari penghukuman.

    PUM PP menyeru semua pihak agar tidak menggunakan nama Islam dan Syariah tanpa mengikuti peraturan Syariah yang sebenarnya bagi tujuan politik ‘Machiavelli’ mahupun kepentingan peribadi.

    PUM PP juga menyeru agar beberapa ulama dan agamawan untuk merujuk dan menerima pandangan ulama dan pakar lain sebelum membuat apa-apa kenyataan yang bakal memburukkan keadaan dan tidak memungkinkan proses keadilan dan penghakiman dapat dilaksanakan dengan sempurna di negara.

    Dalam hal ini dan apa juga masalah semua pihak digesa untuk merujuk kepada prinsip ta’awun seperti mana yang ditekan oleh al-Quran.

    Penulis adalah Yang Dipertua PUM PP


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: