Nik Aziz: Islam larang kempen malukan orang

MALAYSIAKINI – Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, berkempen dengan memalukan orang lain tidak dibenarkan dalam Islam.

“Orang tidak boleh menggunakan masalah peribadi untuk berkempen tetapi kena lawan dasar antara PAS dan Umno.

“Yang bawa cerita sumpah pada hari penamaan calon, apa dia? Tidak ada cara lain lagi untuk berkempen?” katanya dalam sidang media di muktamar ke 54 PAS di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini.

Menteri besar Kelantan itu berkata demikian ketika ditanya tindakan pihak tertentu yang dikatakan berkempen secara tidak sihat dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah di masjid Wilayah Persekutuan, Jumaat lalu, mendakwa beliau telah diliwat secara tidak rela oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Aziz berkata, sumpah orang Islam dengan meletakkan Quran di atas kepala dan bukannya di atas tangan.

“Sumpah seperti itu (letak kitab atas tangan) adalah meniru amalan orang Kristian. Ini karut.

“Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi, ” katanya.

Muzakarah dengan Umno

Serentak itu, beliau mendakwa sumpah yang dibuat oleh Saiful itu dilakukan oleh pihak Umno.

Menteri Besar Kelantan itu berharap Anwar menang dalam pilihanraya kecil nanti.

Ketika ditanya pandangannya mengenai muzakarah dengan Umno, Nik Aziz berkata, PAS akan memberitahu pemimpin parti itu mengapa menerima Islam separuh, terima kufur separuh.

“Saya nak jumpa supaya Umno tidak terus menerima Islam separuh sahaja kerana jika Umno tidak ada, Islam menjadi lebih baik di bawah PAS.

“Kerana muzakarah bukan hendak membincangkan mengenai kerusi atau kementerian tetapi bagaimana hendak berdepan Allah di hari akhirat kelak,” katanya.

Mengenai golongan ulama dan profesional dalam PAS, menteri besar Kelantan itu, berkata, kerana dalam Islam, kedua-dua mereka adalah sama.

Sementara itu dalam ucapannya di muktamar hari ini, Nik Aziz berkata, beliau mahu Pakatan Rakyat diperkukuhkan supaya dapat membuka pintu hati orang bukan Islam menerima pemerintahan Islam.

“Kalau kita sayang Umno kita tarik orang Melayu yang muda-muda dalam Umno supaya masuk PAS tetapi orang tua, orang kaya dan menteri biarlah di situ,” katanya.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

2 Komen

  1. sarayohsabah said,

    18 Ogos 2008 pada 1:04 am

    budaya umno la yg banyak tunjuk ajar politik jahat di sabah..termasuk politik wang, rasuah, lompat sikatak, ugutan dn bnyak lagi la…sblum umno masuk sabah…sedikit betul berlaku penyelewengan pemimpin2 sabah..tapi sekarang pemimpin2 sabah pun terikut sdh tingkahlaku jahat kepimpinan umno dari semananjung…apa lagi semakin di bodo kan rakyat sabah..kesian

  2. hamba allah said,

    18 Ogos 2008 pada 9:55 am

    umno penipu rakyat dan ugama


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: