Calon ‘berkempen’ di majlis kahwin

MALAYSIAKINI – Beberapa pasangan mempelai di sekitar Permatang Pauh mungkin rasa bertuah hari ini apabila majlis persandingan mereka dihadiri oleh calon pilihanraya kecil kerusi Parlimen itu – Datuk Arif Shah Omar Shah dari Barisan Nasional (BN) dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua calon itu sibuk memenuhi undangan perkahwinan yang banyak diadakan semasa cuti sekolah sekarang walaupun jadual kempen mereka telah ditetapkan lebih awal.

Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, mengakui majlis perkahwinan merupakan satu cara yang berkesan untuk mendekati dan berkenalan dengan pengundi.

Hari ini, Arif Shah menerima 10 undangan perkahwinan manakala Anwar pula menerima enam undangan, demikian menurut laporan Bernama

Arif Shah memulakan kempennya hari ini dengan mengunjungi beberapa kampung, bermula di Kampung Cross Street yang juga dikenali sebagai perkampungan kebun sayur di Tanah Liat bersama Setiausaha Agung Gerakan Datuk Seri Chia Kwang Chye sebelum menyertai aktiviti gotong-royong Masjid Papan di Kampung Petani dekat sini.

Kehadiran Arif Shah secara mengejut, disambut baik oleh penduduk di situ yang kebanyakannya kaum Cina yang merupakan pekebun sayur.

“Mereka agak terkejut dengan kehadiran saya namun menyambutnya dengan baik,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Anwar menghadiri majlis perkahwinan dengan ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan hanya meluangkan masa beberapa minit bertemu tuan rumah sebelum, dilihat beredar ke lokasi lain.

Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan pada 26 Ogos, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Arif Shah, Anwar dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia, Hanafi Mamat.

AA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: