Terpulang kepada umat Islam menilai sumpah Saiful, kata Najib

AGENDA DAILY – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta umat Islam menilai sendiri sumpah laknat oleh Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya Saiful memilih kaedah Islam untuk menebus maruah dengan melakukan sumpah laknat, dan wajarlah umat Islam menilai langkah yang diambilnya itu.

“Dalam sistem kita mana-mana individu yang dituduh boleh membersihkan diri atau maruah sama ada dengan cara Islam atau cara mahkamah, dan Saiful memilih cara Islam, dan (kini) terpulanglah pada rakyat menilai sumpah Saiful itu.”Sejak awal lagi saya katakan isu sebenar yang berlaku ialah melibatkan antara Saiful dan Anwar, dan ini tidak ada kena mengena dengan BN (Barisan Nasional),” kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera UMNO untuk pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh di Butterworth Jumaat.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: