Saiful sumpah Al-Quran…cabar Anwar turut sumpah, BERANIKAH ANWAR ?

AGENDA DAILY – “ Wallahi Wabillahi Watallahi ….Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 26-6-08 iaitu pada tarikh tersebut Dato Seri Anwar IBrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat ” – itulah sumpah mengikut syariat Islam yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan sambil mengadap kiblat di Masjid Wilayah Persekutuan,Jalan Duta Kuala Lumpur jam 6.15 petang Jumaat.

Upacara selama kira-kira 15 minit itu disaksikan imam masjid itu serta 30 orang daripada wakil media dan anggota keluarganya.

Bekas pembantu peribadi kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim itu , sebelum ini berjanji melakukan sumpah mubahalah bagi menyokong dakwaannya terhadap bekas majikannya itu.

Sejurus selesai Saiful yang ditemani oleh bapanya, Azlan dan peguamnya Zamri Idrus berkejar ke Hotel Dynasty di Jalan Ipoh untuk menghadiri satu sidang akhbar di situ.

Pada sidang akhbar itu disediakan projector LCD dimana rakaman upacara angkat sumpah itu ditayangkan semula kepada puluhan para wartawan yang hadir.

Saiful memulakan sidang akhbar dengan membacakan satu kenyataan dimana beliau mencabar Anwar supaya angkat sumpah dalam masjid disaksikan oleh para ulamak dan seluruh rakyat Malaysia untuk menafikan dakwaan liwat yang dibuatnya terhadap Penasihat PKR itu.

Beliau yang berwajah tenang sahaja ketika pertama kali mengadap para wartawan sejak membuat aduan polis mengenai dakwaan diliwat oleh Anwar pada 28 Jun lalu enggan menjawab beberapa soalan yang dikemukan sebaliknya berkata akan jawabnya di mahkamah.

“Saya akan jawabnya di mahkamah kemudian.Saya bukan seperti Anwar Ibrahim dan tidak mahu satu perbicaraan menerusi media.saya akan beri kenyataan saya di mahkamah,”katanya.

Kepada satu soalan beliau menegaskan kejadian liwat itu dilakukan tanpa kerelaannya.

Ditanya adakah Anwar orang pertama meliwat beliau, beliau menjawab:

“Ya. Ini (kejadian liwat) kali pertama,”katanya.

Saiful juga berkata beliau tidak bercadang untuk berkempen dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.”Ini bukan soal politik tetapi soal peribadi antara saya dengan Anwar Ibrahim,”katanya.

Beliau juga menolak andaian sengaja memilih untuk sumpah Al-Quran hari ini menjelang penamaan calon Permatang Pauh Sabtu.

Katanya beliau merasa amat lega setelah angkat sumpah dan merasa diberi kekuatan oleh Allah untuk berdepan dengan para wartawan.

Pada 7 Ogos lepas, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Mohd Saiful pada 26 Jun lepas di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara.

Anwar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

8 Komen

  1. anginbayu said,

    16 Ogos 2008 pada 6:07 pm

    Saya rasa elok juga kalau Saiful itu bersumpah yang dia tidak menerima apa2 kewangan atau hadiah dari golongan tertentu. Juga dia bersumpah bahawa dia tidak melakukan sumpah nya itu untuk tujuan politik, kerana timing sumpahnya betul2 sebelum hari penamaan calon. Juga elok kalau dia bersumpah bahawa dia adalah penakut lebih takut lagi dari perempuan, kerana tak berani melawan orang tua yang meliwatnya.

    Jadi kalau kita ikut cara sumpah ini, sumpahnya tak habis-habis. Banyak persoalan yang tak selesai. Malah kita meragui motif Saiful ni, kalau dia bersumpah dengan tidak menyeluruh.

    Juga dalam sumpah nya itu tidak pula mengatakan yang dia diliwat secara paksa. Jadi pada pandangan saya
    kalau dia menuduh orang lain meliwat dirinya bukan secara paksa, maka dia kena bawa 4 saksi.

  2. A.Ghani said,

    17 Ogos 2008 pada 12:00 am

    Tak mungkin laa Anwar seorang peliwat…sedangkan Mahkamah Persekutuan sebelum ni pun menolak dakwaan dia meliwat orang…

    Saiful , kamu dah bersumpah tau !

    Sekiranya kamu tipu , kembali lah kepada Allah,bertaubat lah..
    Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. 😀

  3. bangeli said,

    17 Ogos 2008 pada 1:59 am

    Syabas….saiful awak berani bersumpah…bersumpah kerana keburukan diri sendiri.Tapi kenapa tak bertaubat terus tak mahu membuat pekara yang sama walaupun dengan orang lain?Sedih sungguh sedih….bapa awak mencium anda.Kalau bapa aku,dah lama aku dapat penampar kerana melakukan pekara yang tak senonoh.Kalau nak kata anda dipaksa buka seluar…hehehe saya rasa tak mungkin sebabnya anda bukannya mat lebut.Tak boleh melawan apabila ada orang nak rogol bontot anda.Lagipun muka anda taklah hesom sangat,lawa muka bini abang Anuar lagi…….

  4. Hisham said,

    17 Ogos 2008 pada 3:16 am

    Anwar bila lagi nak bersumpah….berani kerana benar.

  5. nitrofang said,

    17 Ogos 2008 pada 8:37 pm

    banyak songeh la pulak. toksah pertikai la sumpah si saiful tu, dia dah bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabilahi watalahi. suruh la hero reformasi paling berani dalam alam semesta ni bersumpah pulak. nak takut apa. berani kerana benar. toksah banyak dolak dalik

  6. hambaAllah said,

    18 Ogos 2008 pada 3:11 pm

    yoyolah….sumpah yang dibuat oleh saiful tu!! jangan terlalu pandai sangat nak bersumpah dengan nama Allah swt…nnt sumpah tu makan diri br tahu. kalau benarlah Anwar yang meliwat boleh x dia buktikan dengan pengesahan dari doktor dan cuba bukti kan scara logik akal yang Anwar benar-benar bersalah. ni x t’tiba muncul n bersumpah kata anwar peliwat. jangan nak aib kan maruah orang dengan bukti yang tidak kukuh. anda tahu!!! sumpah yang diberikan mungkin ada motif yg tersirat yang dan mungkin jugak megelirukan rakyat. jd waspadalah….

  7. Kuning Bin merah said,

    18 Ogos 2008 pada 3:45 pm

    aku bersumpah yang anwar tak kan melaku kan perkara sedemikina… amaciammm bule “terima kan sumpah bagi pihak” saya ni

  8. pening kepala said,

    18 Ogos 2008 pada 9:00 pm

    aiyooo…
    bang oii…sumpah ni bukan main2…nanti terkena bala!! awak tu muda lagi..tak kan la tak bleh nak melawan kalo org tua nak liwat awak??

    hahahha


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: