PAS, KeADILan kompromi pengagihan kerusi pilihan raya

HARAKAHDAILY – IPOH – PAS dan KeADILan berkompromi dalam penagihan kerusi pada pilihan raya lalu di mana ada tempat yang pernah ditandingi KeADILan diberi kepada PAS.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali berkata, begitu juga keadaan sebaliknya berlaku di mana ada kerusi milik KeADILan pada 1999 diberikan kepada PAS pada pilihan raya 2004.

“Ada juga kerusi yang mana KeADILan merasakan tidak selamat telah diberi semula kepada PAS pada pilihan raya umum lalu,” katanya pada muktamar petang semalam.

Oleh itu kata beliau tidak timbul masalah dalam soal pengagihan kerusi di antara PAS dan KeADILan sehingga mencapai kejayaan cemerlang pada pilihan raya umum lalu.

Beliau juga berharap setiap perwakilan memahami perkara itu kerana ia sudah dibincangkan dan dipersetujui kedua-dua pucuk pimpinan parti.

Mustafa yang juga Pengerusi Jemaah Lembaga Pengarah Harakah berkata, akhbar milik rasmi parti itu tidak dapat ditanggalkan perkataan ‘untuk ahli PAS sahaja’ kerana menjadi syarat permit yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (DKN).

Menurutnya, pernah pada satu masa dahulu perkataan itu dibuang di mana Harakah telah diserbu KDN.

Beliau juga berharap setiap perwakilan memberi kerjasama bagi mengedarkan Harakah di kawasan masing-masing bagi memastikan pengedarannya lebih meluas.

“Ada juga saranan perwakilan agar akhbar ini diedar di jabatan-jabatan kerajaan dan di sekolah-sekolah negeri-negeri Pakatan Rakyat. Ia boleh dibincangkan bersama ketua-ketua negeri terbabit,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: