Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar

mSTAR – PETALING JAYA: Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dihubungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

3 Komen

  1. pemerhati said,

    16 Ogos 2008 pada 6:32 pm

    Sumpah Saiful tindakan bodoh
    Posted by Super Admin Saturday, 16 August 2008 13:52
    (Harakah) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.
    Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama. “Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini.
    Jelasnya, kes tersebut adalah dikategorikan sebagai kes yang menyamai kes zina. Menurut beliau, merujuk kepada artikel 121 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan, kes liwat yang dikiaskan kepada hukuman zina perlu diadili di mahkamah syariah.
    Sumpah yang diucapkan oleh Saiful juga, ujar beliau hanya boleh dilakukan oleh isteri atau suami yang menuduh pasangan mereka melakukan zina. (Saiful itu “isteri” Anwar ke???). Hukum yang disebut sebagai li’an dalam perundangan Islam ini, jelasnya tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan seperti dalam kes liwat Saiful.
    Ustaz Abdul Hadi turut menyifatkan kes liwat ini sebagai berunsur politik. “Kita lihat, bagaimana Saiful Bukhari mengangkat sumpah sehari sebelum Anwar dinamakan sebagai calon. “Maka tidak syak lagi ia sememangnya bermotifkan politik kotor dan tidak bermoral,” tegasnya.
    Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Anwar tidak bersalah. “Bahkan, badan kehakiman membenarkan beliau bertanding di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. “Kita masih tetap menyokong Anwar dan menyatakan bahawa (beliau) tidak bersalah,” katanya lagi.
    Ditanya mengenai keperluan Anwar untuk bersumpah sepertimana yang dilakukan Saiful, beliau berpandangan ianya tidak wajar. Ketika ditanya kemungkinan kes ini akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Ustaz Hadi menegaskan ianya tidak mungkin. “Saya tidak merasakan begitu, bahkan kemungkinan sokongan terhadap beliau bertambah itu ada,” ujarnya lagi.
    Mengulas isu yang sama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Mohd Daud Iraqi berkata pertuduhan liwat memerlukan empat orang saksi yang adil. “Sekiranya terbukti berlaku pembohongan maka kesaksian individu tersebut sudah tidak dapat digunakan sampai bila-bila,” katanya. Jelas beliau, bukan sebarang kenyataan dapat dibuat oleh saksi yang mahu membuktikan kes liwat ini.
    Sumpah menggunakan kitab suci ini juga menurutnya menyerupai amalan golongan kristian. (Cis, nak jadi murtad ke ikut cara orang kristian?)

  2. A.Ghani said,

    17 Ogos 2008 pada 12:04 am

    Datuk Seri Anwar pun dah ke Mahkamah Syariah hari tuh nak menafikan diri dia meliwat Saiful.

    Takper laa,benda dah jadi pun.Kita tengok laa seterusnya apa nak dibuatnya plak di Mahkamah.

  3. saiful kari said,

    17 Ogos 2008 pada 11:14 pm

    Meskipun perubatan menunjukkan saiful tiada kena liwat, pihak makamah cuba meneruskan kes liwat terhadap DSAI.Pihak makamah membuat pertudahan liwat suka sama suka kerana bukti dari saiful amat longgar sekali untuk menuduh DSAI meliwatnya.Orang2 kuat belakang saiful cuba menafikan laporan perubatan dan tuduhah yang dibuat di makamah dengan mengadakan upacara sumpah laknat dari saiful.Apabila saiful selesai melakukan sumpah laknat, tiba2 ada hura2 tuduhan suka sama suka dipinda secara tanpa rela .
    Pihak makamah tidak perlu keliru, kerana pertudahan telah dilakukan.Jika sumpah laknat diambil kira kenapa tidak laporan perubatan digunakan untuk tidak meneruskan dakwaaan terhadap DSAI.Saiful tidak perlu bergantung di Makamah lagi apabila beliau membuat keputusan melakukan sumpah laknat. Beliau sepatutnya menyatakan biar Allah memberi petujuk apabila diajukan oleh wartawan..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: