Saiful bersumpah telah diliwat, Anwar bila lagi ?

MALAYSIAKINI – Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini bersumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang tadi.

Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Mohd Saiful mengangkat sumpah di Dewan Solat Utama dengan menghadap kiblat dan mengucap dua kalimah syahadah.

“Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat.”

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

4 Komen

  1. karadzic said,

    15 Ogos 2008 pada 7:41 pm

    begini lah jadi nya orang orang melayu.

    lepas Saiful ini, suruh semua Melayu yang lain juga bersumpah seperti pegawai kerajaan dan polis yang di tuduh rasuah.

    suruh juga ahli politik Melay dari cawangan, bahagian, ADUN, Exco, MP dan Menteri2 semua pergi bersumpah junjung Quran.

    Malaysia boleh di jadikan tempay ziarah kepada semua orang2 Islam merata dunia datang untuk bersumpah ….

  2. luncai said,

    15 Ogos 2008 pada 9:34 pm

    boleh saja bersumpah, tapi tolong pastikan keesahan agamanya, islam bukan sbb keturunannya, banyak melayu yang dah murtad, apa komen jabatan yang bertanggungjawab dan BAPAK HADHARI. adakah boleh terima jika sumpah itu datang dari orang yang dah murtad!

  3. razak said,

    15 Ogos 2008 pada 10:52 pm

    1) Akuan bersumpah Bala No. 1
    2) Akuan bersumpah Bala No. 2 —> Bala hilang…
    3) Akuan bersumpah Dr Mohamad Osman —> Dr cuti panjang…
    4) Sumpah Saiful —>????

  4. takdeorangpeduli said,

    16 Ogos 2008 pada 1:07 am

    karadzic
    ok la tu kalau bebilion2 org islam datang malaysia nak besumpah.. menjana ekonomi pelancongan negara…

    luncai
    nak sah pe kejadah pulak.. murtad pe kejadahnya pulak ni..
    orang tu dah sumpah.. kira ok la tu.. dia nak kelentong..
    lantak dia la mati katak nanti…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: