PAS kena pandang belakang sebelum sokong Anwar

AGENDA DAILY – Macam-macam ada kalau disorot Muktamar Dewan Pemuda PAS yang berlangsung di Ipoh, Khamis.

Paling panas cerita hubungan parti itu dalam Pakatan Rakyat serta pandangan Pemuda PAS bahawa Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak jadi Perdana Menteri jika barisan pembangkang dapat bentuk kerajaan baru pada 16 September ini.

Nampaknya, barisan perwakilan Pemuda PAS yang bercakap dalam muktamar itu hebat-hebat belaka.

Biasanya orangramai hanya berpeluang mendengar suara kalangan pemimpin atasan parti itu.Kini golongan pemimpin akar umbi parti itu pula berbunyi sejak kemenangan besar barisan pembangkang pada pilihanraya 8 Mac lalu..

Ia dilihat memberi sedikit sebanyak gambaran tentang apa perasaan sebenar mereka tentang hubungan parti itu dengan barisan pembangkang yakni PKR dan DAP.

Malah, ada yang berani hetam pemimpin atasan parti itu yang terlalu taksub pada Penasihat PKR Datuk seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita hendak jadi Perdana Menteri jika ada ahli parlimen BN lompat parti pada 16 September nanti.

Beberapa pemimpin Pemuda PAS tanpa segan silu kecam PKR yang mereka anggap parti itu hanya menjadikan PAS batu loncatan bagi mencapai hasrat Anwar.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan buat perwakilan Pemuda terkedu bila beliau beritahu, mereka di Selangor hanya sekadar jaga parking,mengutip sampah dan menampal poster ceramah ketika sambutan 100 hari barisan pembangkang tadbir negeri itu.

Lebih malang lagi katanya, masa sambutan 100 hari itu tak ada satu pun bendera PAS digantung.

Malah, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak pernah respons permintaan Pemuda PAS Selangor untuk berjumpa dengannya walaupun sudah lebih lima bulan.

“Saya melihat seperti ada masalah hubungan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan hanya layak menjadi pemerhati di pinggiran,” katanya dengan nada kecewa.

Beliau juga berkata, ada di kalangan pemimpin PKR mendakwa kemenangan mereka kerana kekuatan sendiri dan bukan gadingan dengan PAS.

“Belum pilihan raya baik sahaja…bila dah menang ke mana perginya golongan muda mereka, lebih hairan lagi apabila ada menuduh PAS tidak bantu mereka masa pilihan raya.

“Pemimpin KeADILan kena sedar pemuda tidak rela PAS digunakan sebagai batu loncatan oleh mana-mana pihak termasuk KeADILan,” katanya sebagai sokongan usul ‘Memperkukuh Peranan PAS dalam Pakatan Rakyat’.

Wakil Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah pula meminta pucuk pimpinan PAS berhati-hati dengan Anwar dan jangan terlalu kagum dengan bekas timbalan perdana menteri itu yang jelas berkepentingan sendiri.

Bahkan, beliau meminta ahli-ahli PAS jangan lupa bahawa selama 16 tahun sebelum ini, Anwar pernah menjadi penghalang kepada kebangkitan PAS.

Ada yang kata jangan ungkit, tetapi kita perlu juga pandang ke belakang sekali sekala untuk mara ke depan,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS.

Beliau berkata banyak ucapan serta kenyataan Anwar, mengelirukan dan seolah-olah tidak ingin melihat Islam menjadi ketuanan di negara ini.

Seorang lagi wakil Selangor, Zulkifli Ahmad, kesal kerana nama Abdul Hadi tidak disebut-sebut sebagai pemimpin utama jika barisan pembangkang menubuhkan kerajaan kelak.

Lidah rasmi PAS, Harakah turut diselar kerana berita-berita Anwar lebih besar dan kerap berbanding liputan Abdul Hadi dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Sanggupkah kita lihat Timbalan Perdana Menteri diisi oleh bukan Islam dan Abdul Hadi hanya diberi jawatan menteri biasa menjaga belia atau kebudayaan? Kenapa Abdul Hadi tidak disebut-sebut sebagai pemimpin yang harus didaulatkan? Mana slogan Kepemimpinan Ulama?,” tegasnya.

Wakil Pulau Pinang, Mohd Radzuan Ramli pula mengingatkan PAS jangan kemaruk 16 September untuk meruntuhkan kerajaan jahiliah lama dan menggantikan pula dengan kerajaan jahiliah yang baru.

“PAS mestilah keluar daripada Pakatan Rakyat jika kerajaan yang dibentuk kelak meminggirkan Islam,” katanya.

Paling menarik Dewan Ulama PAS turut berpandangan bahawa Abdul Hadi lebih layak jadi Perdana Menteri.

“Itu pandangan Dewan Ulama. Tentulah kita kata presiden kita yang layak. Kalau parti lain akan mengatakan presiden mereka yang layak,” kata ketuanya, Datuk Mohd Daud Iraqi

Kini jelas, walaupun tidur sebantal, PKR dan Pas mempunyai mimpi masing-masing.

Anwar jikapun menang di Permatang Pauh, itu bukan tiket mudah untuknya ke Putrajaya kerana Pas pasti menekan kemahuan supaya ahli parlimen Melayu dan Islam mendominasi parlimen.

Abdul Hadi sendiri menekan perkara ini minggu lalu dan dengan tegasnya beliau berkata, Pas memikirkan semula peranan parti itu dalam Pakatan Rakyat jika bukan Melayu menguasai majoriti parlimen.

Mengikut perkiraan, ahli parlimen Melayu dalam Pakatan Rakyat kini seramai 43 orang (Pas 23- PKR 20), Cina 28 orang (DAP 22 – PKR 6) dan India 11 orang (DAP 7, PKR 4).

Walaupun Anwar yakin 30 ahli parlimen akan lompat parti, beliau perlu memastikan separuh daripada mereka adalah ahli parlimen Melayu.

Ada seramai itu nak ‘ main mata’ dengan Anwar?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: