Nik Aziz iringi Anwar di penamaan calon esok

HARAKAHDAILY – IPOH – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Naib-naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa dan Mohamad Sabu akan mengiringi Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh esok.

Kehadiran Ustaz Nik Aziz untuk mengiring Ketua Umum KeADILan itu, disahkan Setiausaha Politiknya, Annual Bakhri Haron sebentar tadi.

Manakala Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di sebuah hotel dekat sini malam tadi memutuskan Husam dan Mohamad sebagai wakil rasmi PAS sebagai sokongan kepada Anwar pada hari penamaan calon esok.

Dalam Pilihan Raya Kecil yang akan bermula esok hingga 26 Ogos depan, Anwar akan berhadapan dengan calon Barisan Nasional, Dato’ Ariff Shah Omar Shah.

Sebahagian besar pemimpin utama PAS tidak dapat menghadiri penamaan calon di Permatang Pauh kerana Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-54 sedang berlangsung dekat sini.

Sementara itu Pengarah PAS bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya telah mula mengatur dan menggerakkan jentera bagi membantu kempen calon Pakatan Rakyat.

“Tuan rumah kepada kempen ini adalah KeADILan, kita akan berbincang dengan mereka, bentuk peranan dan bantuan yang diperlukan.

“Jentera kita dari seluruh negara sudah dikerahkan, insya-Allah selepas muktamar berakhir Ahad ini (18 Ogos), mereka akan bertumpu ke Permatang Pauh,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: