Muktamar PAS realisasi prinsip politik Islam – Nik Aziz

HARAKAHDAILY – IPOH – Lagu PAS buat pertama kali dalam sejarah bergema di Stadium Indera Mulia,Ipoh yang mana sebelum ini hanya riuh rendah dengan acara sukan.

Sejak malam semalam stadium tersebut sudah bertukar fungsi buat seketika, bagi memberi ruang kepada perwakilan memikirkan jalan terbaik bagi memartabatkan gerakan Islam di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS bermuktamar untuk merealisasikan satu prinsip politik Islam yang penting iaitu syura.

Katanya, prinsip syura menyedarkan kita kepada hakikat bahawa seluruh perjalanan makhluk ciptaan Allah adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetap-Nya.

“Sekiranya peraturan ini diikuti dengan baik dan penuh rela hati maka kehidupan manusia akan menjadi aman dan sejahtera.

“Keyakinan kepada prinsip asas ini menyebabkan PAS memasuki gelanggang pilihan raya dengan penuh ketertiban, kesabaran, keyakinan dan pergantungan kepada Allah.

“Pengalaman Kelantan mengendalikan pilihan raya dan pentadbiran negeri membenarkan hakikat ini,” katanya pada buku acara muktamar.

Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, muktamar PAS kali ke-54 sangat penting dan bermakna ketika saat PAS berada di tahap kekuatan yang paling tinggi dalam sejarahnya.

Katanya pada pilihan raya baru-baru ini, hasil iltizam dan kerja kuat kita, Allah Taala telah mengizinkan kemenangan besar.

Menurutnya, kemenangan besar itu merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilaksanakan dengan penuh cermat atas nama Islam.

“Akidah merupakan asas utama perjuangan kita dan yakinlah ia merupakan satu rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman,” katanya pada kata-kata aluan pada buku Muktamar PAS kali ke-54 di sini, hari.

Perarakan masuk ke dalam dewan muktamar dimulakan Timbalan Mursyidul Am, Dato’ Dr Haron Din kira-kira jam 8.55 pagi kemudian diikuti Ahli jawatankuasa PAS Pusat lain.

Tetamu kehormatan yang kelihatan Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Presiden KeADILan, Dato’ Seri Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi DAP Perak, Dato’ Khor dan tokoh gerakan Islam luar negara termasuk dari Jordan, Dr Hamman Said dan Amir Hussien (Pakistan).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: