Calon belum rasmi Permatang Pauh sudah ‘panas’, saingan lima penjuru?

mSTAR – PERMATANG PAUH: Kehangatan politik nasional sudah mula dirasai di bahagian Parlimen Permatang Pauh sejak malam tadi – kira-kira 30 jam menjelang hari penamaan calon pilihan raya kecil – dengan parti yang bakal bertanding meramalkan kemenangan bakal berpihak masing-masing.

Ketika Pakatan Rakyat meramalkan kemenangan kepada mereka pada ratio 60:40 peratus, Barisan Nasional (BN) pula berkeyakinan ia akan mengubah kedudukan itu ke sebelah pihaknya pada kadar 55:45 peratus pada 26 Ogos ini.

Penamaan calon akan diadakan esok manakala hari pengundian pada 26 Ogos ini.

Bahagian Permatang Pauh yang agak ‘sunyi’ selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu kembali aktif dengan kempen-kempen secara tidak rasmi dan tidak formal, diadakan sepanjang malam tadi hingga awal pagi ini.

Kempen rasmi hanya bermula selepas penamaan calon pagi esok.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya menjangkakan ‘suasana hangat’ ketika penamaan calon esok sebagaimana pernah disaksikan ketik pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok, Selangor awal tahun lalu, tetapi yakin suasana itu dapat dikawal dengan sokongan semua pihak.

Tinjauan mStar Online sehingga awal pagi ini mendapati ”kempen politik” sudah pun dimulakan sejak pukul 9 malam tadi dengan ucapan berapi kedengaran di kawasan Seberang Jaya dan Penanti – yang masing-masing kini dikuasai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) – komponen Pakatan Rakyat.

Apa yang menarik kedua-dua Dewan Undangan Negeri – sebahagian daripada tiga kerusi DUN dalam Bahagian Permatang Pauh, sudah berubah menjadi “pesta pilihan raya”.

ADUN Seberang Jaya, Datuk Datuk Arif Shah Omar Shah menyuntik semangat kepada jentera pilihan rayanya di Bangunan UMNO Permatang Pauh di Sg. Semambu manakala kira-kira dua kilometer dari lokasinya, – di kawasan Kubang Semang pemimpin-pemimpin PKR berucap dengan diketuai oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan wakil DAP dan PAS. Ia berlarutan sehingga hampir 1 pagi.

“Kini kemenangan dikatakan 60:40 peratus kepada calon Pakatan Rakyat tetapi kami boleh mengubahnya menjadi 55:45 peratus, dengan kemenangan kepada BN berdasarkan semangat yang ada pada penyokong BN dan Umno malam ini,” kata beliau pada sidang media selepas menemui ahli jenteranya di bangunan Umno Permatang Pauh.

Setengah jam kemudian kira-kira 11.30 malam beliau mengadakan pertemuan dengan Umno Bahagian Permatang Pauh bagi membincangkan soal kepimpinan dan strategi pilihan raya BN.

“Beliau kekal, Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Majid diputuskan akan kekal akan mengetuai jentera pilihan raya BN bahagian ini,” kata Arif Shah ketika dihubungi pukul 2.30 pagi tadi.

Semalam, calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Kuala Lumpur dan dijangka tiba di sini menjelang tengah hari ini untuk menggerakkan jentera kempennya.

Dalam pada itu, pegawai-pegawai kanan jentera pilihan raya PKR yang ditemui berkata kemenangan adalah di pihak mereka dengan peratus atas kertas pada hari ini ialah 60 peratus undi akan diperoleh oleh Anwar yang kembali bertanding selepas kali terakhir pada 1995.

“Kami yakin akan memperoleh kembali undi di kawasan DUN Penanti (dikuasai oleh wakil PKR) dan Permatang Pasir (di bawah wakil PAS).

“Cuma undi di kawasan Seberang Jaya (diketuai Arif Shah) akan lari dan berubah, dan kami perlu berusaha menguasainya,” kata beliau.

Berdasarkan daftar pemilih ketika pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, Permatang Pauh terdiri daripada 54,041 pengundi dan ia tidak banyak berubah buat masa sekarang.

Daripada jumlah itu, 67.6 peratus merupakan pengundi Melayu, Cina (26.3 peratus), India (5.7 peratus) dan Lain-lain (0.3 peratus).

Dalam pada itu, mStar Online difahamkan empat borang penamaan calon telah pun diambil daripada pejabat Suruhanjaya Pilihan Negeri sehingga petang semalam tetapi dalam pertemuan dengan polis membincangkan soal keselamatan, hanya wakil BN dan Pakatan Rakyat yang hadir.

Sebelum ini  Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) telah menyatakan kesediaan untuk bertanding. Dan, kemungkinan seorang calon Bebas akan turut bertanding.

Bagaimanapun Presiden AKIM, Hanafi Mamat berkata, pihaknya hanya akan mengumumkan nama calon mereka pagi esok – sebelum penamaan calon.

“Kita ada lima nama yang sedang dipertimbangkan dengan mengambil kira pelbagai perkara. Mungkin calon ini dari kawasan tempatan dan mungkin juga dari luar kawasan,” kata beliau ketika dihubungi tengah hari ini.

Malah beliau juga berkata, AKIM juga difahamkan kesemua akan ada lima calon termasuk dua daripada Bebas.


Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: