Injunksi: Raja Petra diarah dedah sumber, pengunjung laman

mSTAR – KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah hari memperoleh perintah injunksi exparte terhadap penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin supaya mengeluarkan tiga artikel yang dimuatkan dalam blog penulis itu “Malaysia Today”.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Tee Ah Seng juga memerintah Raja Petra atau ejennya mengeluarkan semua komen yang dimuatkan berkaitan artikel itu dan juga mengeluarkan satu lagi injunksi melarang penulis blog itu daripada menerbitkan artikel serupa.

Mahkamah juga mengeluarkan perintah melarang  Raja Petra atau ejennya daripada membenarkan manamana artikel atau jurnal atau surat atau komen yang mempunyai unsur fitnah terhadap Shafee dimuatkan dalam laman blog “Malaysia Today”.

Menurut dokumen yang diedarkan kepada media, Shafee memperoleh beberapa perintah termasuk memerintahkan Raja Petra mendedahkan sumber bagi maklumat yang dinyatakan dalam tiga artikel itu yang disiarkan pada 6, 7 dan 11 Ogos.

Ketika dihubungi, Shafee berkata mahkamah juga memerintahkan Raja Petra mendedahkan identiti semua pelawat dan mereka yang memuatkan komen dan mesej berikutan penyiaran tiga artikel itu.

Beliau mendakwa Raja Petra merekareka cerita itu dan melakukan propaganda politik untuk memperdaya orang ramai berhubung isu politik.

Shafee berkata di samping memfailkan saman fitnah hari ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini terhadap penulis blog itu, beliau juga bercadang mengambil tindakan serupa terhadap mereka yang memberikan komen berkaitan artikel itu sebaik sahaja beliau menerima butiran mereka.

Mahkamah menetapkan 2 Sept bagi pendengaran interparte berhubung permohonan Shafee. BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: