Afrif Shah dakwa wujud ‘pengundi hantu’

BERITA HARIAN – BUKIT MERTAJAM: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah, mendakwa terdapat ‘pengundi hantu’ di kawasan itu.

Arif Shah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, berkata satu kajian yang dibuat selepas pilihan raya 8 Mac lalu mendapati banyak nama pengundi yang didaftarkan menggunakan satu alamat tetapi apabila disemak, hanya dua atau tiga orang sahaja yang tinggal di alamat itu.

“Saya tidak pasti sama ada mereka ini pengundi hantu, pengundi yang menumpang atau pekerja kilang di kawasan Sungai Petani atau berhampiran yang menggunakan alamat itu tetapi tidak tinggal di situ,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Persiaran Tenggiri, Seberang Jaya, dekat sini.

Beliau berkata, kebanyakan pemilik rumah itu juga tidak mengenali nama-nama yang menggunakan alamat rumah mereka dan beliau mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat perkara itu.

“Saya bimbang jika perkara ini disengajakan, ia akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya yang sebenarnya,” katanya yang malam tadi dinamakan sebagai calon BN untuk pilihan raya kecil itu pada 26 Ogos ini, dan dijangka menentang penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerusi itu dikosongkan oleh isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden PKR. – Bernama

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: