Pusrawi: Dr. Mohd Osman masih belum muncul, serah polis siasat akuan bersumpah

mSTAR – PETALING JAYA: Pegawai perubatan Hospital Pusrawi, Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid – doktor pertama memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu, yang mendakwi dia diliwat, belum kembali kerja sehingga semalam.

Pengurus Besar Hospital Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob berkata: “Belum,  beliau tidak kembali bertugas lagi. Saya tidak tahu ke mana beliau berada ketika ini.”

Ketika dihubungi mStar Online hari ini jelas beliau, Dr. Mohamed Osman bercuti sejak sebulan lalu dan tiada siapa tahu ke mana beliau pergi.

Difahamkan Dr. Mohamed Osman dan keluarganya telah kembali ke Myanmar kerana bimbang akan keselamatannya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai akuan bersumpah Dr. Mohamed Osman, Wan Mahmood berkata, Pusrawi menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

Jelasnya, beliau bimbang kenyataannya itu akan mengganggu siasatan pihak polis.

“Kami menyerahkan  perkara ini kepada pihak polis untuk menyiasatnya. Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenainya,” katanya.

Jumaat lalu pihak polis mengesahkan mereka telah memulakan siasatan bagi mengesahkan kesahihan akuan bersumpah disiarkan portal berita, Malaysia Today, yang dikatakan dibuat oleh Dr Mohamed Osman.

Dalam akuan bersumpah itu, Dr Mohamed Osman mempertahankan hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful yang dibuat di Hospital Pusrawi, beberapa jam sebelum Mohd Saiful membuat laporan polis dia diliwat.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: