Nik Aziz, Hadi diizin khutbah di Ipoh

MALAYSIAKINI – Dua tokoh utama PAS dibenarkan menyampaikan khutbah Jumaat di dua masjid di Perak bersempena muktamar parti itu di Ipoh minggu ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah berkenan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul
Hadi Awang masing-masing berkhutbah di Masjid Sultan Azlan Shah II (masjid negeri) dan Masjid Sultan Azlan Shah.

Menurut laporan Bernama, Mohammad Nizar berkata perkenan itu sebagai tanda penghormatan kepada dua tokoh PAS itu yang menghadiri Muktamar PAS ke-54 antara 15-17 Ogos.

Raja Dr Nazrin dilaporkan menyampaikan perkenan itu melalui Mohammad Nizar semasa menerima mengadap menteri besar sebelum mengadakan mesyuarat mingguan majlis kerajaan negeri Perak hari ini.

Mohammad Nizar menambah, Raja Muda Perak turut berkenan menerima mengadap 12 pemimpin tertinggi PAS di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 11 pagi esok.

Muktamar PAS yang akan bersidang di Stadium Indera Mulia pada Jumaat ini dimulakan dengan perasmian persidangan Dewan Pemuda malam ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: