Lim: Satu lagi ‘salah urus’ tanah

MALAYSIAKINI – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini membuat pendedahan terbaru mengenai satu lagi masalah berkaitan tanah yang dianggapnya  sebagai “salah pengurusan” oleh kerajaan negeri sebelum  ini.

Sambil menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku, beliau mahu kes kesilapan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) membayar wang hampir RM500,000 berhubung pembelian sebidang tanah oleh sebuah syarikat, dikaji semula untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

lim guan engBercakap kepada pemberita selepas merasmikan bilik operasi pilihanraya kecil Permatang Pauh di Taman Arowana, di Bukit Mertajam, Lim berkata, beliau telah mengarahkan jawatankuasa siasatan dalaman untuk menyiasat semula kes berkenaan yang berlaku kira-kira 10 tahun lalu.

Menurut laporan Bernama, beliau mendakwa tanah itu dijual oleh PDC kepada syarikat milik seorang “orang kuat” Barisan Nasional (BN) dan deposit sebanyak 20 peratus melalui pinjaman bank, telah dibayar kepada perbadanan itu sebagai pendahuluan.

Bagaimanapun, katanya kerana kegagalan syarikat itu melunaskan keseluruhan harga tanah berkenaan, deposit itu dirampas tetapi atas dasar bermurah hati, kerajaan negeri yang lalu, memulangkan semula 10 peratus daripada jumlah wang pendahuluan itu kepada syarikat berkenaan.

Menurut Lim kerajaan negeri ketika itu mahu mengambil semula tanah industri di Bayan Lepas itu tetapi tidak boleh dilakukan kerana pihak bank tidak mahu melepaskan tanah berkenaan.

“Bagi membolehkan tanah itu dikembalikan, kerajaan negeri terpaksa membayar 10 peratus yang dianggap sebagai keuntungan daripada wang pendahuluan yang dirampas, kepada institusi kewangan itu.

“Apabila kerajaan negeri hendak menuntut semula wang yang tersalah bayar kepada syarikat berkenaan, syarikat itu sudah gulung tikar,” katanya.

Lim berkata, perkara begini memberi masalah kepada kerajaan negeri yang baru kerana setakat ini ia tidak mengetahui kedudukan sebenar kewangan Pulau Pinang.

“Kita mahu tahu apa tindakan kerajaan lalu berhubung perkara ini dan tidak mudah bagi kerajaan Pakatan Rakyat untuk membersihkan “kotoran” yang telah
berlaku,” katanya.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: