Geng Gagak Hitam sudah menular…

KOSMO! – KUALA TERENGGANU – Sudah ada tanda-tanda beberapa sekolah di negeri ini mula diresapi budaya kumpulan samseng pelajar dikenali ‘Geng Gagak Hitam’ yang pernah menjadi sebutan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an dulu.

Ia ekoran fenomena menoreh dagu sebagai lambang keahlian dan kesetiaan kepada kumpulan itu mula menjadi ikutan di kalangan pelajar sekolah di beberapa daerah di negeri ini.

Entah siapa yang menggerakkannya, kegiatan itu bukan setakat membabitkan pelajar lelaki malahan pelajar perempuan.

Pelajar terlibat dikatakan berusia awal remaja antara 13 dan 15 tahun dan majoritinya adalah di kalangan pelajar tingkatan 1.

Perkara itu didedahkan oleh seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah di sini, Zaleha (bukan nama sebenar) yang bimbang dengan penularan budaya kumpulan samseng itu.

Dakwanya, usaha menghidupkan kumpulan samseng di sekolah sudah dilakukan dan yang membimbangkan usaha ‘merekrut’ pelajar kian nyata termasuk di kawasan luar bandar.

DAGU seorang pelajar perempuan turut berguris seolah-olah dia ahli kumpulan Gagak Hitam.


Zaleha mendakwa, beliau pernah berjumpa dengan dua pelajar yang mempunyai tanda tersebut di dagu mereka dan kedua-duanya mengakui ia ‘lambang’ mereka.

“Bila saya tanya mereka tak mengaku apa-apa dan cuba mengelak pertanyaan saya. Saya juga ada mendapat kiriman mesej bergambar di telefon bimbit yang menunjukkan pelajar perempuan pun dah ikut sama toreh dagu.

“Saya difahamkan, ramai juga pelajar yang membawa telefon bimbit ke sekolah memiliki mesej kiriman bergambar mengenai kegiatan tu,” ceritanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Kosmo! difahamkan kegiatan Gagak Hitam – sebuah kumpulan samseng pelajar pernah aktif dua dekad lalu dan berpangkalan di Lembah Klang.

Kumpulan itu bertapak pada pertengahan 1980-an dengan gerakan liar dan menyepi seketika sebelum muncul semula pada awal 1990-an.

Ketika itu, dagu pelajar yang menjadi ahlinya ditanda dengan menekap syiling yang dibakar atau ditoreh dengan jangka lukis dan ahli perlu bersumpah setia kepada kumpulan.

Kumpulan itu berperanan sebagai ‘pelindung’ kepada ahlinya dan terlibat dengan kegiatan membawa barang-barang haram seperti ganja dan rokok ke sekolah selain terlibat dengan seks bebas.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: