DAP Macam sesumpah…warna berubah ikut kepentingan

AGENDA DAILY – Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan hak berdemonstrasi yang selama ini menjadi ‘isu belasahan’ DAP untuk meyerang kerajaan, terus menjadi bahan serangan parti itu tetapi kali ini daripada sudut yang berbeza.

Jika selama ini ISA ditentang dan dicabar penggunaannya serta demonstrasi diangkat sebagai hak yang perlu dihormati, kini parti itu mahu ISA digunakan dan mereka yang berdemonstrasi pula mesti dikenakan tindakan.

Sebabnya, mudah sahaja. Ia kerana demonstrasi yang diadakan bagi menghalang forum Memeluk Islam tidak menepati ’selera’ mereka.

Hal ini jelas daripada kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan yang juga Ahli Parlimen Bukti Gelugor, Karpal Singh yang mempersoalkan kenapa pihak polis membenarkan demonstrasi diadakan di hadapan bangunan Majlis Peguam semasa forum berkenaan dijalankan.

Jika selama ini mereka membantah sekatan berdemonstrasi hingga membawa isu berkenaan ke Dewan Rakyat, kenapa pula kali ini lain macam ’lagu’ yang didendangkan.

Kenapa kali ini hak berdemonstrasi tidak dihormati dan mahu pihak polis bertindak tegas terhadap mereka yang menyertai demonstrasi berkenaan.

Ini boleh membawa andaian hanya kerana forum berkenaan sarat serta selari dengan agenda perjuangan parti itu yang selama ini dilihat tidak mesra Melayu dan Islam, maka hak untuk berdemostrasi pula dinafikan.

Lebih teruk lagi apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Senawang yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan P. Gunasekaren mahu pihak polis menggunakan ISA terhadap mereka yang terbabit dengan demonstrasi hingga membawa kepada pemberhentian forum Memeluk Islam berkenaan.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi jaguh demonstrasi dan bercakap tentang kebebasan juga senada dengan pasangannya DAP. Ketua Penerangan PKR, Tian Chua secara khusus menyatakan, pihaknya masih menunggu Ahli Parlimen PKR kawasan Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin memberikan penjelasan kenapa beliau terlibat dengan demonstrasi itu.

Zulkifli dalam kenyataanya sebelum ini dengan keras memberi amaran kepada Majlis Peguam agar jangan campur tangan dalam urusan Islam dan secara terbuka mengambil bahagian dalam demonstrasi yang turut dihadiri oleh penyokong PAS serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam.

Senang cakap, bila menguntungkan mereka, mereka akan berusaha untuk menjadi jaguh dalam isu berkenaan.

Bila ada kenaikan harga minyak, mereka berdemosntrasi untuk menjadi jaguh rakyat. Bila ada forum yang mencabar kepentingan Islam dan Melayu yang selari dengan selera mereka, mereka pula membantah demonstrasi kerana hendak jadi jaguh kepada mereka yang selama ini tidak senang dengan hak dan keistimewaan Melayu dan Islam.

Bak kata orang Pulau Pinang ’pi mai pi mai tang tu juga’. Apa pun yang berlaku, mereka mahu dilihat jaguh walaupun ada kalanya ia bertentangan dengan prinsip dan pegangan mereka selama ini.

Juga seperti perumpamaan ’macam sesumpah’, warna mereka akan berubah ikut keadaan. Jika ia menguntungkan politik mereka, mereka akan mendabik dada merekalah pejuang kebebasan. Bila tidak, warna mereka berubah dan yang bebas selama ini akan dikatakan sebagai satu pengkhianatan.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: