ADUN BN Seberang Jaya calon BN di Permatang Pauh

mSTAR – BUKIT MERTAJAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah (gambar) dipilih untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi di sini.

Menurut Najib, pemilihan Ariff Shah, 52, dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk faktor tempatan dan semasa.

Katanya, beliau adalah calon terbaik menentang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merebut kerusi kawasan parlimen berkenaan.

Najib mengumumkan demikian di hadapan kirakira lebih 3,000 penyokong BN di Pusat Konvensyen Sunway Carnival di sini malam ini.

Beliau turut melancarkan jentera BN bagi pilihan raya kecil itu malam ini di Pusat Konvensyen Sunway Carnival.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan pengunduran penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga penasihat parti itu.

Penamaan calon ialah pada Sabtu ini.

Kerusi Parlimen Permatang pauh meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang iaitu Seberang Jaya yang diwakili oleh Arif Shah, Permatang Pasir (diwakili Hamdan Abd Rahman dari PAS) dan  DUN Penanti, yang diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: