UMNO Cheras minta Zaid Ibrahim letak jawatan

UTUSAN MALAYSIA – KUALA LUMPUR – UMNO Cheras mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan ekoran sikap berdiam dirinya berhubung tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum yang membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Ketuanya, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, pendirian ‘membisu seribu bahasa’ yang diambil Zaid adalah sesuatu yang sangat mengecewakan.

“Ketika ribuan umat Islam bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam, menteri yang kononnya mahir dalam bidang undang-undang hilang entah ke mana, ini amat mengecewakan seluruh ahli UMNO dan orang Melayu.

“Di mana Zaid yang kononnya menjaga hal ehwal undang-undang apabila Majlis Peguam secara terbuka cuba mencampuri urusan dan kepentingan umat Islam di negara ini. Mengapa tiba-tiba membisu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: