Perarakan ‘Baju Hitam’ bantah buka UiTM kepada bukan Bumiputera pagi ini

mSTAR – PETALING JAYA: Lebih 3,000 penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) mula berarak ke Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pagi ini sebagai tanda membantah syor supaya pusat pengajian tinggi tersebut dibuka kepada bukan Bumiputera.

Tinjauan mStar Online mendapati penuntut UiTM mula berkumpul sejak 7.30 pagi tadi untuk bergerak secara konvoi melahirkan pendirian bantahan mereka.

Pada awal pihak penganjur menjangkakan kira-kira 2,000 orang akan menyertainya.

Ketika dihubungi malam tadi, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris berkata, perarakan yang diberi nama “Perhimpunan UiTM Di Hatiku” akan menyerahkan memorandum membantah syor tersebut kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Kami komuniti pelajar UiTM membantah keras pandangan (membuka UiTM) sedemikian. Kami mendapati alasan bahawa tindakan mengkhaskan UiTM hanya kepada masyarakat Bumiputera menyebabkan pelajar Bumiputera kurang berinteraksi dan sebagainya adalah tidak benar,” kata beliau ketika dihubungi mStar Online semalam.

Malah, pada pukul 9 malam tadi, wakil MPP UiTM telah mengadakan pertemuan dengan Naib Canselornya, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah bagi memaklumkan tindakan mereka.

Kata Luqmannulhakim, pada pertemuan itu pengurusan tidak menghalang MPP untuk mengambil langkah sedemikian.

Malah, tindakan ini hanya akan disertai pelajar UiTM, bukannya pengurusan dan kakitangan.

“Kami difahamkan pengurusan UiTM akan mengeluarkan kenyataan kemudian,” katanya.

Perarakan menyerahkan memorandum itu kepada kerajaan negeri merupakan langkah pertama, kata beliau.

“Selepas ini kami akan menyerahkan memorandum yang serupa kepada Perdana Menteri dan kemudian Yang di-Pertuan Agong yang juga Canselor UiTM. Ini akan dilakukan minggu depan,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Luqmannulhakim, pihaknya akan menghimpunkan penuntut-penuntut UiTM di kampus induk di Shah Alam awal pagi esok sebelum berarak ke Bangunan SUK.

“Sehingga malam ini kami sudah memperoleh tandatangan menyokong memorandum bantahan daripada lebih 5,000 pelajar dan ia mungkin akan mencecah 10,000 orang esok,” katanya.

Kata Luqmannulhakim, pendirian kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar yang meminta 10 peratus diperuntukkan kepada penuntut bukan Bumiputera dan rakyat asing telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar.

“Memorandum ini bertujuan meminta beliau (Menteri Besar Selangor) menarik balik kenyataannya kerana bertentangan dengan prinsip penubuhan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bagi melahirkan profesional di kalangan Bumiputera,” katanya.

Perhimpunan pelajar secara besar-besaran akan diadakan esok di Padang Kawad UiTM Shah Alam seawal pukul 7.30 pagi bagi mendapatkan tandatangan pelajar sebagai bantahan.

Sementara itu Naib Canselor UiTM ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Maaf, saya tak dapat nak beri komen mengenai perkara ini sehingga Menteri Pengajian Tinggi membuat kenyataan rasmi mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau hanya akan memberi komen dalam sidang media khas yang akan diadakan di pejabatnya esok setelah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan.

Dalam pada itu, mStar Online gagal mendapatkan komen Khaled berhubung isu ini.

Semalam Menteri Besar Selangor mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing.

Abdul Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi
pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Menurut beliau, syor itu juga dianggapnya sebagai wajar dan tepat dengan usaha UiTM yang mahu melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan Bumiputera yang berdaya saing.

Beliau melahirkan pandangan itu ketika mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan
Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali dalam sebuah akhbar hari ini yang berpendapat UiTM perlu ‘dibuka’ kepada kaum lain jika ingin mewujudkan persaingan yang sihat.

Bagaimanapun, kata Abdul Khalid, cadangan yang dilontarkan ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya daripada semua aspek agar tidak bercanggah dengan dasar penubuhan IPT itu dalam melahirkan generasi bumiputera yang berilmu dan berdaya saing.

APA KMEN ANDA ?

Advertisements

6 Komen

  1. saiful said,

    13 Ogos 2008 pada 11:34 am

    Tak salah ke buat perhimpunan / berdemo?

  2. anti_aktivis said,

    13 Ogos 2008 pada 6:42 pm

    Adegan Budak UITM (18 SX Pix)

    Semalam aku ke kedai kopi bersama sama rakan ku yang seorang pucuk pimpinan PAS negeri yang aku diami.

    Di kedai kopi (restoran) tersebut kami duduk semeja dengan beberapa pakcik (hardcore UMNO).

    Dalam duk sembang isu tempatan , berita Bernama di TV menayangkan Demo Bantahan Cadangan (suggestion) MB Selangor tentang UITM. Beberapa student diteruramah.

    Antara isi teruramah

    Bla bla bla , dam dim dam , bla bla bla , dum dim dem , UITM benteng terakhir melayu . Bla bla bla , MRSM , Biasiswa dan bla bla non bumi sudah boleh masuk.

    Pengkhianat Bangsa , bla bla

    *Dalam hati aku teringat KJ kata orang berdemo ni beruk jalanan.

    Anyhow nak jadi cerita one of the pakcik tu kata “tengok tu baru memerintah negeri dah mengkhianat negara, Camni nak jadi pemerintah , habis melayu tergadai”

    Aku terdiam , aku lihat muka member aku , dia angguk (bagi signal) , so aku angguk balik.

    Aku tanya pakcik tu , “apa maksud benteng terakhir”

    Dia jawab ” tu la ko ni tak ikut perkembangan semasa , benteng terakhir yakni UITM tulah yang tinggal utk melayu”

    Aku tanya balik ” habis mana pi benteng benteng lain”

    Member aku (pucuk pinpinan PAS) mencelah ” la ko ni “bengap” betul , benteng lain semua dah pecah cam bebudak UITM tu kata , semua gara gara BN , Kan BN pemerintah Malaysia sejak 50 tahun dahulu”

    Semua terdiam.

    Aku senyum , member aku senyum , kami dua saling angguk mengangguk.

    P/s – nasihat aku kat adik adik aku kat UITM , depa bagi duit suruh demo , ambil aja , abang sebagai pembayar cukai , redha duit kami tersebut utk adik adik. Bukan apa kami faham klu adik adik tak ikut arahan mereka , susah nanti. Cuma time klu dah boleh mengundi , undilah ikut akal .

  3. No Name said,

    18 Ogos 2008 pada 10:33 am

    haha, well spoken anti_aktivis……….
    politik is politik,
    don’t mix with education……
    cuma satu je nak mintak jangan kacau pendidikan
    bagi generasi yang akan datang,
    kalau nak pancing undi bangsa lain dulu pun,
    fikir tuhan dah bagi otak,
    ingat perintah negeri atau negara tugas yang berat,
    bila mati tuhan tanya balik,
    adil tak kitan ngan rakyat,

    Isu UiTM lak,
    kaum non bumi dah setuju yang UiTM untuk bumiputera dan MARA untuk bumiputera,
    apsal nak main api,
    banyak lagi kouta dah bukak bagi kat non-bumi untuk masuk Univesiti yang lain,

    Cuma aku berharap lepas ni tak dak lagi sugggestion yang leh melingkup bangsa sendiri macam ni,
    kalau nak perintah pun kena ingat benda ni bukan untuk 10 atau 20 tahun,
    tapi kena fikir panjang kekadang 2 sampai makan maybe 1000 tahun dan ingat sama pada generasi akan datang,

    sedih aku tengok bangsa melayu agama islam tapi tak sekepala,
    aku yang budak dalam soal politik ni suggest la,
    apa kata drop parti masing-masing bina satu parti yang leh unite orang melayu kita ni,
    takdak PAS takdak BN takdak Pakatan Rakyat
    semua bersatu hati dan fikir camna nak bangunkan melayu supaya terkenal seluruh dunia,
    kita wat bagi melayu ni orang kata pandai,
    kita wat bagi orang kata melayu ni pakar,
    kita wat sampai dunia ni tak leh function kalau takdak orang melayu ni,

    bukan keje nak fitnah ke,
    nak tuduh kawan ni ke,
    nak musuh bangsa sendiri ke
    dan banytak lagi aku nak cakap,
    cuba ikut contoh Japan Korea
    Japan-Negara yang kena bom atom sampai sekarang ada kesan,
    tapi dalam masa berapa puluh tahun jadi gergasi ekonomi dan teknologi,
    aku salute japan,
    harap aku leh life kat sana,
    tengok korea-sama gak ada masalah tapi membangun jugak,

    kalau kita still camni la,
    sampai mati orang akan kata,
    melayu bangsa bodoh,busuk perut,
    hasad dengki dan mcm2 lagi yang aku tak sanggup nak tulis kat cni,

    Kepada adik-adik aku,blaja pandai-pandai masuk UITM jadi best student pastu,
    keje bawa apa yang blaja di Uitm dan kembangkan kepakaran tu kat negara luar,
    supaya dia orang respek,

    bawa nama UiTM kat negara luar,
    supaya orang tau Melayu ni bangsa berdaulat,
    pandai,baik, boleh tolerate,independence dan mcm-mcm lagi……………………….

    Dalam soal ni dengan bangga aku kata
    ketepikan soal politik dalam untuk memperkasakan pendidikan negara untuk generasi akan datang terutamanya kaum bumiputera Melayu,

    Long Live Melayu,
    walaupun aku mix,
    Long Live UiTM,
    walaupun aku bukan student sana
    dan aku pernah apply tapi kena rejek,
    dan yang terakhir
    Long Live untuk diri aku sendiri kerana ada keberanian untuk memberi sebuah pandangan,
    walaupun aku masih hijau dalam senario yang banyak berlaku dalam negara aku yang tercinta ini.

    Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 50
    dan minta maaf jika ada pihak yang tersinggung….

  4. kapak terbang said,

    25 Julai 2009 pada 11:57 am

    melayu ni dah banyak sangat selesa. budak uitm semua keluar hancur. dulu orang kata budak uitm bagus. BI kononnya mantap. tapi tengok la sekarang ni… pegi mana pon bila orang dengar uitm semua orang rejek nak ambek kerja.
    blah la korang..
    baik bagi je kuota pada bukan melayu..
    baru korang tau langit tu tinggi ke rendah..
    baru ada persaingan.. baru korang sedar diri..

  5. UiTM said,

    25 Oktober 2009 pada 10:26 pm

    Bagus la lu kapal terbang

    lu dah tunjukkan pada aku metaliti tipikal orang melayu

    hasad dengki….buruk sangka….cah keting

    agaknya lu suka la tengok anak sebangsa lu kat uitm mampus wahai kapal terbang

    tak heranlah kenapa orang melayu tak maju2….masing2 nak jahanamkan saudara sebangsa sendiri……ego & sikap pentingkan diri amat terserlah

    Aku sokong korang budak2 uitm……kalau korang nampak si kapal terbang ni elok korang pelangkung kepala dia…biar terbang sikap ego & hasad dengki yg berkarat dalam otak mamat sekor nih

    ps. woi penganut PAS, ko kata BN zalim, perkauman x adil pada bangsa lain tapi aku tengok anak2 lu bersepah di MRSM & UiTM…….mana prinsip lu…….budak punk pun ade prinsip beb…….malulah penganut PAS

  6. none of human said,

    13 April 2010 pada 8:44 pm

    wat pa nak gado2 psl hl kcik cmtu…phal la korang…korang ingt U ini tuk mlayu(uitm) jer ker?????abis tue,bumiputera mcm kmi nie u all nak letak kat mna????ngok tol lol korang nie….kat uitm mlk smua bumiptra tp ckp lg uitm nie mlyu jer yg pnya….fikir lol,beb…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: