LUCU…‘Pakistan’ loghat Indonesia

HARIAN METRO – KUALA LUMPUR: Melucukan apabila seorang lelaki warga Indonesia yang menyamar warga Pakistan bagi mengelak dirinya ditahan polis, akhirnya terperangkap apabila pemeriksaan mendapati nama dan wajah yang tertera pada pasport dibawanya berbeza sekali gus membongkar cuba menipu lelaki terbabit.

Dalam kejadian berhampiran hentian bas di Jalan Sultan Mohamad, kira-kira jam 7.30 malam Selasa lalu, lelaki berumur 40-an itu dipercayai pendatang asing tanpa izin, dikatakan dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan anggota polis berpakaian preman.

Difahamkan anggota polis berhempas pulas mengejar suspek yang cuba melarikan diri dengan mengelilingi beberapa bangunan.

Sumber polis berkata, sejurus ditahan, lelaki terbabit pada mulanya mendakwa dirinya warga Pakistan dan menunjukkan pasport seolah-olah dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Polis bagaimanapun tidak terperangkap dengan taktik licik lelaki terbabit, apatah lagi apabila dia bertutur bahasa Indonesia.

“Selepas disoal, dia akhirnya mendakwa berasal dari Lombok Timur, Indonesia dan memasuki negara ini secara haram manakala pasport dibeli daripada sindiket dengan harga RM2,000,” katanya, semalam.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: