Liwat: Saiful buat persiapan buat sumpah minggu ini?

mSTAR – PETALING JAYA: Bekas pembantu peribadi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar) sedang menjalankan persiapan terakhir untuk mengadakan upacara angkat sumpah mengikut cara Islam, dijangka minggu ini.

Perkara itu dinyatakan oleh peguamnya, Zamri Idrus ketika dihubungi oleh mStar Online.

Pada 31 Julai lalu, Saiful menyatakan beliau bersedia untuk bersumpah dengan al-Quran sejurus siasatan polis terhadap kes tersebut selesai.

Menurut Zamri, persiapan tersebut perlu diatur secara rapi dan mengikut lunas-lunas Islam yang sebenar.

“Bukan mudah untuk melaksanakan perkara sebegini. Apa yang boleh dikatakan kami sedang megadakan persiapan terakhir ke arahnya,” katanya.

Tambah Zamri, beliau tidak mahu anak guamnya itu berasa tertekan ketika ditanya bila upacara tersebut akan berlangsung.

“Saya akan umumkan bila tiba masanya. Jangan risau. Buat masa ini saya tidak boleh beritahu. Saya tidak mahu Saiful berasa tertekan jika semua orang terus mendesaknya,” katanya.

Pada 28 Jun lalu Saiful menggemparkan negara apabila membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat beberapa kali oleh majikannya dengan kali terakhir, dua hari sebelum tarikh tersebut, di sebuah kondominium mewah di Bukit Damansara.

Anwar, 60, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khamis lalu terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di sebuah kondominium di sini pada 26 Jun lepas dan dibebaskan dengan jaminan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.

Mahkamah menetapkan 10 September untuk sebutan kes itu.

Anwar telah mengumumkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang penamaan calon akan diadakan hujung minggu ini.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: