KES ALTANTUYA – Ujian kesan DNA diragui…

HARIAN METRO – SHAH ALAM: Pihak pembelaan dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu mempertikaikan ujian bagi mengesan DNA pada jam tangan dan barang kemas milik mangsa serta jaket kepunyaan tertuduh kedua.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar dalam hujahnya di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, berkata ujian mitochondrial DNA (mtDNA) bagi mengesan DNA dikendalikan oleh ahli kimia.

Beliau berkata, Pengarah Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Petaling Jaya, JK Primulapathi memberi keterangan bahawa mtDNA yang sama diperoleh daripada jaket jenama Yorn milik Sirul Azhar dengan selipar mempunyai kesan darah (dalam kereta Sirul Azhar), jam tangan, subang dan cincin.

“Rakan dan sepupu mangsa ketika memberi keterangan mengatakan Altantuya memakai jaket hitam jenama Esprit, jam tangan, subang berbatu hitam dan cincin emas pada malam dia pergi ke rumah tertuduh ketiga Abdul Razak Baginda pada 19 Oktober 2006.

“Jika pendakwaan mengatakan DNA pada barang kemas itu milik mangsa, bagaimana DNA Altantuya boleh ditemui pada jaket milik Sirul Azhar? Calitan untuk ujian itu diambil pada bahagian dalam jaket iaitu kawasan leher dan ketiak,” katanya.

Kamarul berkata, Primulapathi dalam keterangannya memberitahu mahkamah bahawa untuk mengesan kehadiran DNA, individu mesti memegang barang atau memakainya dalam tempoh masa tertentu.

“Kita tidak tahu sejarah di sebalik individu yang memakai jaket hitam jenama Yorn ini dan Primulapathi membuat andaian bahawa ia dipakai oleh individu yang mempunyai DNA sama dengan barang kemas dan kesan darah. Versi pihak pendakwaan ia dikatakan milik mangsa.

“Persoalannya, apa mangsa buat dengan memakai jaket milik Sirul Azhar dalam tempoh masa tertentu ini. Andaian Primulapathi bahawa ia disebabkan mangsa ada ‘mengendalikan’ jaket ini tidak boleh diterima,” katanya.

Katanya, calitan untuk ujian DNA itu diambil di bahagian dalam jaket dan secara lojiknya jika mangsa hanya mengendalikannya tanpa memakainya bagaimana DNA-nya boleh ditemui berdasarkan calitan di bahagian leher dan ketiak jaket itu.

“Primulapathi sanggup mengandaikan bahawa jaket itu sudah dibersihkan terlebih dahulu. Misteri sebenarnya ialah tidak ada bukti daripada pihak pendakwaan yang mengesahkan dalam tempoh berapa lama mangsa perlu memakai jaket itu untuk ‘meninggalkan’ DNA.

“Jika benar Altantuya memakai jaket ini sepanjang masa pada malam dia hilang, pada peringkat mana, dia mengambil keputusan jaket milik Sirul Azhar lebih cantik dan menukarnya,” katanya.

Prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yassin bersambung hari ini.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: