20 bomoh mengaku doktor

HARIAN METRO – KUALA LUMPUR: Gempar apabila serbuan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, mendapati tujuh klinik haram di seluruh negara didapati melakukan penipuan licik, termasuk dikendalikan kira-kira 20 doktor pakar ‘cap ayam’ iaitu bomoh menyamar pegawai perubatan bertauliah.

Kebanyakan doktor palsu terbabit dikesan hanya menjadikan ramuan akar kayu tradisional yang diimport dari negara jiran sebagai ubat merawat pesakit.

Siasatan bahagian berkenaan mendapati mereka yang ternyata tidak memiliki sebarang ijazah khusus dalam bidang perubatan mengendalikan pusat rawatan terbabit berdasarkan pengetahuan cetek berkaitan penggunaan majun, jamu dan ubat seludup dari China.

Malah, pelbagai jenis ubat digunakan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan yang rata-ratanya mengandungi steroid.

Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi berkata, pihaknya pernah mendapat laporan berhubung kegiatan penyamaran terbabit oleh satu daripada cawangan klinik itu di Kuching, Sarawak.

Susulan itu, katanya, sepasukan pegawai menyerbu klinik berkenaan pada 10 Jun lalu sebelum mendapati pengusahanya tidak mempunyai kelayakan dalam bidang perubatan.

Beliau berkata, lelaki berusia 50 tahun itu didapati membuka klinik terbabit sejak beberapa tahun lalu dengan menawarkan pelbagai jenis rawatan kepada pesakit.

Hasil pemeriksaan terhadap klinik itu, pihaknya menemui hampir 200 botol pelbagai majun dan lima botol ubat sakit tulang tidak berdaftar dan ubat sapu.

“Pemilik klinik terbabit yang menggunakan gelaran doktor pada pangkal nama menjalankan operasi bersama seorang lagi lelaki yang turut mendakwa sebagai doktor bertauliah,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati klinik terbabit mempunyai lebih 10 cawangan seluruh negara dan luar negara.

“Berdasarkan risalah ditemui, pengusaha klinik terbabit tidak hanya menawarkan rawatan moden, tetapi menjalankan terapi rawatan lain seperti refleksologi, homeopati dan rawatan alternatif.

“Selain itu, ia mendakwa mampu mengubati penyakit berbahaya seperti kanser, sakit jantung, resdung selain memulihkan ketagihan dadah, rokok dan arak,” katanya.

Ini menimbulkan kecurigaan apabila mendapati lebih 20 pemilik klinik terbabit menggunakan gelaran doktor.

Satu serbuan serentak dilakukan terhadap enam cawangan klinik itu baru-baru ini.

“Dua cawangan klinik terbabit di Selangor, satu di Johor, Pahang, Terengganu dan Sarawak diserbu sebelum pemiliknya disoal siasat.

“Hasil pemeriksaan, semua pemilik klinik terbabit gagal menunjukkan ijazah kelayakan perubatan daripada universiti yang diiktiraf Kementerian Kesihatan selain tidak memiliki sijil berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia bagi membolehkan mereka beroperasi,” katanya.

Mereka turut didapati melakukan kesalahan dengan sewenang-wenang menggunakan nama klinik tanpa mendaftarkannya.

“Kami menemui pelbagai jenis majun, jamu dan ubat tidak berdaftar dari klinik terbabit dianggarkan bernilai lebih RM1,000,” katanya.

Semua ubat-ubatan itu dirampas dan ‘doktor’ tidak bertauliah itu bakal dikenakan tindakan mengikut Akta Jualan Dadah 1952 (Pindaan 2000) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM25,000 bagi kesalahan pertama atau RM50,000 bagi kesalahan kedua.

Tindakan menyebarkan risalah mendakwa mereka sebagai doktor bertauliah turut menjadi kesalahan yang boleh didakwa mengikut Akta Iklan dan Penjualan Ubat 1956 dan denda tidak kurang RM3,000.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: