Misteri Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu ‘hilang’ berterusan

mSTAR – KUALA LUMPUR: Misteri ‘kehilangan’ Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) dan khabar angin beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berterusan hingga pagi ini.

Hingga kini tiada pihak dapat memastikan sejauh mana kebenaran khabar angin yang mula tersebar sejak malam kelmarin itu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi sebentar tadi turut buntu dengan situasi ketika ini.

“Masih tiada perkembangan yang diperolehi. Khabar angin makin berterusan hingga ke hari ini,” katanya.

Hingga jam 10.30 pagi tadi beliau juga gagal untuk menghubungi Zulkifli dan ahli keluarganya bagi mengetahui kedudukan sebenar.

Usaha mStar Online untuk menjejaki Zulkifli juga masih gagal kerana telefon bimbitnya tidak diaktifkan sejak dua hari lalu.

Kali terakhir beliau muncul di khalayak ramai ialah pagi kelmarin di ibu negara ketika menyertai perhimpunan membantah forum anjuran Majlis Peguam.

Sementara itu semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyifatkan berita itu sebagai khabar angin semata-mata.

Beliau menafikan berita yang tersiar dalam beberapa laman blog mengenai penahanan Zulkifli di bawah ISA.

“Mana ada beliau ditahan? Ini semua khabar angin dan ini merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab oleh segelintir pihak yang sengaja buat spekulasi.

“Polis akan siasat laman blog yang menyiarkan berita berkenaan dan harap orang ramai tidak terpengaruh dengan khabar angin sedemikian,” katanya.

Blog berkenaan memberitahu Zulkifli dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan di Kulim kira-kira jam 10 malam kelmarin dan tiada maklumat lanjut mengenai ke mana beliau dibawa polis.

Pada 29 September 1998, Zulkifli, 46, pernah ditahan di bawah ISA selama 60 hari kerana terlibat dalam gerakan reformasi bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: