Benarkah Pekerja asing dakwa dijadikan hamba?

MALAYSIAKINI – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menerima sekurang-kurangnya dua aduan berhubung masalah yang dihadapi pekerja asing di negara ini, termasuk dakwaan dijadikan hamba.

“Sekurang-kurangnya dua kes berkaitan hak asasi pekerja diterima (oleh Suhakam) setiap hari.

“Isu mengenai hak asasi pekerja itu perlu diatasi segera,” kata pesuruhjayanya Datuk N Siva Subramaniam, lapor Bernama.

Beliau menambah, aduan yang diterima termasuklah dibuang kerja, mencuaikan hak dalam perjanjian pekerjaan, gaji dan aduan mengenai mereka dijadikan hamba.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan membenarkan pekerja asing menubuhkan persatuan untuk membolehkan mereka menyuarakan masalah yang dihadapi dengan majikan.

Melalui cara itu, tambahnya, segala aduan dan masalah yang dihadapi mereka dapat disalur secara rasmi.

Banyak negara telah membenarkan penubuhan persatuan seumpama itu dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah, katanya selepas persidangan meja bulat bersama kesatuan-kesatuan sekerja di pejabat Suhakam hari ini.

Sementara itu, lapor agensi berira itu lagi, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) G Rajasekaran berkata ia menerima 1,200 aduan daripada pekerja tahun lepas membabitkan masalah majikan tidak membayar gaji.

Perbincangan sehari, antaranya, mengenai isu-isu mengenai kebebasan untuk berpersatuan, diskriminasi serta hak asasi pekerja melibatkan wakil-wakil Cuepacs, MTUC, Majlis Peguam, Tenaganita, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Persekutuan Majikan Malaysia.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: