Ahli Parlimen PKR lawan tauke…?

AGENDA DAILY – Zulkifli Nordin ialah ahli Exco Persatuan Peguam Muslim.Di ketika yang sama beliau adalah Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat kawasan Kulim Bandar Bharu.

Beliau terpaksa meniti antara tanggungjawabnya mempertahankan agama dengan perkiraan politik PKR ketika turut serta dalam demonstrasi membantah tindakan Majlis Peguam mengadakan forum Memeluk Islam di bangunan majlis itu pagi Sabtu.

The Riding MP – nama jolokan yang diletaknya sendiri pada laman blognya – ini adalah antara mereka yang vokal sekali semasa demonstrasi yang disertai oleh 500 orang termasuk dari PAS,UMNO dan sebilangan badan NGO Islam.

Turut serta ialah seorang lagi orang kanan PKR Badrul Amin Baharum,

Zulkifli nampaknya kena berjawab dengan PKR.Ikut ceritanya kalangan pimpinan PKR kurang senang dengan tindak tanduknya yang dibimbangi boleh mencetuskan pandangan serong kalangan penyokong parti itu dari bukan Islam.

Pendiriannya menentang forum itu jelas sekali.Beliau awal-awal sudah menulis dalam laman blognya memberi amaran kepada Majlis Peguam khasnya dan golongan bukan Islam umumnya supaya jangan mencabar hak umat Islam.

Lebih dari itu ketika bercakap kepada para wartawan selepas menyertai demo itu Zulkifli menegaskan sudah sampai masanya peguam yang beragama Islam mengambilalih teraju kepimpinan Majlis Peguam bagi mengelak majlis itu menganjurkan forum yang boleh menimbulkan kemarahan orang Islam.

Laman web The Malaysian Insider memetik Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussien Ali mempersoalkan tindakan Zulkifli.

“Saya tahu beliau tahu parti tidak setuju dengan tindakannya,” katanya.

Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah pula dipetik sebagai berkata Zulkifli bertindak tanpa restu parti dan ia tidak mengambarkan pendirian parti.

Katanya perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan parti itu minggu depan.

Bagi sesetengah orang hal ini mungkin kecil.Namun kalangan para pemerhati politik melihatnya satu cabaran besar bagi PKR dalam menentukan pendiriannya terhadap isu-isu yang berkait rapat dengan orang Melayu lebih-lebih lagi agama.

Zulkifli telah membuka satu persoalan. Ramai yang sedang mengintai apa cerita sepanjutnya.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

2 Komen

  1. Kipp said,

    12 Ogos 2008 pada 12:34 pm

    Suruh aje zulkifli nordin masuk PAS. abis citer…

  2. aryna said,

    14 Ogos 2008 pada 9:45 am

    salam…
    pada saya, tindakan dia & rakan2nya adalah tindakan peribadi sebagai kewajipan menegakkan syiar Islam..
    kalau tengok peribadi dan perlakuan mereka, memang lebih cenderung kepada perjuangan PAS..
    tapi, kalau dah semua orang2 seperti Zulkifli dan Dr.Badrul Amin masuk PAS, sapa lagi yg tinggal dlm PKR yang boleh mengangkat dan mempertahankan agama Islam dalam parti.. sbb mereka ni antara yang berani dan lantang bersuara…
    kalau orang2 seperti mereka ni dah join PAS, saya mungkin hilang keyakinan pada PKR pulak….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: