Ada pemimpin Pakatan dengki pada Anwar – Nik Aziz

MALAYSIAKINI – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan berlakunya hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memenangi pilihanraya kecil  Permatang Pauh, 26 Ogos ini, demikian lapor Bernama hari ini.

Agensi berita nasional itu melaporkan menteri besar Kelantan  berkata, terdapat pihak cuba sabotaj bagi memastikan Anwar tidak berjaya menjadi ahli parlimen Permatang Pauh.

“Saya dapati memang ada orang yang dengki kepada Anwar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran MATA peringkat negeri hari ini.

Beliau mengulas hasrat Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Pilihanraya kecil itu diadakan setelah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding.

Nik Abdul Aziz juga menasihatkan pihak yang menyimpan perasaan dengki itu agar melupakan hasrat mereka demi kebaikan Pakatan Rakyat.

“Beri peluang kepada Anwar untuk masuk jadi ahli parlimen di Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata walaupun wujud jurang perbezaan dalam ideologi politik dengan PKR, PAS harus akur untuk menyokong PKR dalam pilihanraya kecil kawasan parlimen itu.

Katanya, beliau mengakui perbezaan pandangan dari segi politik antara PKR dan PAS, namun di bawah semangat Pakatan Rakyat, parti itu harus bekerjasama.

“PAS perlu memberi sokongan kepada Anwar walaupun dari segi politik tidak serupa,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata beliau menyokong Anwar kerana mendapati penasihat PKR itu merupakan pemimpin Melayu yang berpengalaman dalam pentadbiran negara dan dikenali di peringkat antarabangsa.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: