TERKINI!!!- Penulis blog ‘Penarik Beca’ dibebas

MALAYSIAKINI – Penulis blog Abu Bakar Mohd Rashid yang ditahan sejak kelmarin kerana menggantikan kepala harimau dengan “kepala anjing” di lambang rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lamannya dijangka akan dibebaskan jam 4 petang ini.

abu bakar mohd rashid penarik beca 080808Isterinya memberitahu Malaysiakini sebentar tadi, jika wartawan sambilan itu memberikan kerjasama dalam siasatan polis, beliau akan dibebaskan daripada tahanan di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan, Kuala Lumpur.

Abu Bakar (foto kanan), yang juga dikenali Bakar Haq, popular dengan kelantangannya mengupas isu-isu politik di blog nya ‘Penarik Beca’ (www.penarikbeca.blogspot.com).

Ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata gambar anjing pada  lambang PDRM “satu percubaan untuk menghasut orang ramai membenci polis”.

Beliau dilaporkan berkata, polis yang memandang serius cubaan itu akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mencemar imej dan kredibiliti pasukan itu.

Menurut Bernama, penulis blog itu ditahan di rumahnya pada pukul 10 malam di Taman Koperasi Polis, Gombak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

penarik beca sang kutu website blogspot 070808Penulis itu kemudian dibawa dan disiasat di ibu pejabat polis bahagian berkenaan hingga saat ini.

Semalam polis mereman Abu Bakar untuk sehari bagi melanjutkan siasatan tersebut.

Polis sebelum ini pernah menahan beberapa penulis blog termasuk pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamarudin bagi siasatan bawah akta yang sama.

Peguamnya Mohamed Hanipa Maidin semalam berkata, penahanan Abu Bakar mungkin bermotifkan politik dan untuk menakut-nakutkan penulis blog.

Peguam itu menambah, penahanan tersebut bertentangan dengan janji perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mewujudkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: