Forum ‘memeluk Islam’ diteruskan esok

MALAYSIAKINI – Forum awam ‘memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam akan diteruskan esok walaupun mendapat bantahan keras dari banyak badan Islam.

Naib Presiden Majlis Peguam, K Ragunath berkata pihaknya mengambil perhatian terhadap kebimbangan yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahidi yang menjaga halehwal Islam, PAS dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO).

Ragunath turut menegaskan bahawa Majlis Peguam menerima dan faham bahawa perkara yang berkaitan dengan kaum dan agama adalah sensitif dan menimbul emosi.

Beliau berkata, pihaknya mengiktiraf dan menghormati Artikel 121 (A), Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, terdapat pandangan bahawa adalah tidak adil untuk memaksa sesiapa juga tertakluk kepada undang-undang dan mahkamah yang berasaskan kepada agama yang bukan dianuti mereka.

Menurutnya, daripada lima orang penceramah telah dijemput, seorang daripada mereka – Dr Mohd Naim Mokhtar – telah menarik diri tetapi beliau tidak menyatakan sebab-sebabnya.

Bantahan keras

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata partinya bimbang tersebut boleh “mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara penganut Islam dan penganut pelbagai agama dalam negara.”

Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang menambah, PAS sekeras-kerasnya membantah hasrat Majlis Peguam dengan alasan “isu-isu berkaitan dengan hak dan kepentingan Islam adalah seasuatu yang mutlak” seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh setiap negeri.

Beliau dilaporkan berkata, bagi PAS, Islam agama yang membawa dan menjanjikan kebaikan buat semua, oleh yang demikian sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan  authoriti kerana Islam berdiri berteraskan sumber-sumbernya sendiri.

Kerana itu, katanya, PAS berpandangan inisiatif Majlis Peguam Malaysia ini yang bersumberkan fahaman sekular akan hanya menyelewengkan pemahaman sebenar terhadap Islam lantas mencetuskan konflik dan akhirnya ketegangan yang tidak memberikan manfaat kepada mana-mana pihak.

Beliau menyarankan  penganjur membatalkan forum tersebut.

Kelmarin, Syed Hamid menyifatkan forum badan peguam itu ibarat “bermain dengan api” dan “boleh membangkitkan salah faham.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: