Hasutan: Penulis blog ditahan polis

MALAYSIAKINI – kemaskini 4:23pm Penulis blog Abu Bakar A Rashid ditahan dan disiasat bawah Akta Hasutan, dipercayai berhubung bahan-bahan tulisan di lamannya ‘Penarik Beca’ (www.penarikbeca.blogspot.com).


Malaysiakini petang ini difahamkan, beliau akan ditahan sehari lagi.

Abu Bakar, seorang wartawan sambilan, ditahan di rumahnya di Gombak menjelang tengah malam tadi oleh sekumpulan anggota polis, kata peguamnya Mohamed Hanipa Maidin.

Penulis itu, yang juga dikenali Bakar Haq, kemudian dibawa dan disiasat di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan, Kuala Lumpur hingga saat ini.

“Saya cuba menemui Abu Bakar tetapi tidak berjaya kerana pegawai penyiasat tidak membenarkan atas alasan masih dalam siasatan,” kata Mohamed Hanipa kepada Malaysiakini.

“Berikutan itu saya tidak tahu apakah tunduhan yang akan dikenakan ke atas Abu Bakar.

“Saya tidak tahu artikel mana yang didakwa mempunyai unsur hasutan itu dan siapa yang membuat laporan polis terhadap Abu Bakar.”

Polis sebelum ini pernah menahan beberapa penulis blog termasuk pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamarudin bagi siasatan bawah akta yang sama.

Mohamed Hanipa yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS menambah, beliau juga tidak tahu sama ada Abu Bakar akan ditahan reman atau dibebaskan hari ini.

Peguam itu berkata lagi, penahanan Abu Bakar mungkin bermotifkan politik dan untuk menakut-nakutkan penulis blog.

“Tidak manis polis melakukan tangkapan waktu malam dan di rumah beliau pula.

“Sepatutnya polis memberi notis terlebih dahulu kepada Abu Bakar sebelum menahannya,” katanya lagi.

Mohamed Hanipa berkata, penahanan tersebut bertentangan dengan janji perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mewujudkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: