Debat Koh Tsu Koon dan Lim Guan Eng pada 20 Ogos

AGENDA DAILY – Satu lagi debat menarik dijangka dijalankan di Pulau Pinang atau di Kuala Lumpur antara Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkenaan isu-isu semasa pada 20 Ogos ini.

Jurucakap parti Gerakan memberitahu Bernama Rabu malam bahawa debat anjuran portal berita, Agenda Daily yang dijangka dipanaskan dengan menyentuh isu-isu semasa terutama Pulau Pinang, merupakan kali kedua antara Koh dan Lim.

Ia pernah diadakan 10 tahun lalu ketika kedua-dua mereka merupakan pemimpin pemuda parti masing-masing.

Katanya portal berita itu sedang menyediakan format, lokasi dan tema debat, yang telah diperkatakan sejak minggu lepas.

“Beliau (Koh) telah memutuskan sebentar tadi untuk mengadakan debat itu. Beliau sangat teruja untuk berhadapan dengan Lim, yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP,” katanya.

Katanya tarikh itu telah disahkan, tetapi belum lagi diketahui sama ada ditetapkan sebarang syarat lain.

“Lim telah bercakap kepada media terlalu banyak dan telah mengelirukan rakyat. Sekarang, ini peluang Gerakan itu bertindakbalas terhadap propaganda DAP,” katanya, sambil menambah bahawa anggota-anggota Gerakan juga teruja dan memberi sokongan kepada sepenuhnya tindakan Koh untuk berdebat dengan Lim.

“Kami akan membiarkan orang ramai untuk memutuskan sama ada Lim hanyalah tin kosong yang sekadar membuat bunyi bising,” katanya.

Baru-baru ini, Koh, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, mencabar Lim untuk berdebat mengenai dakwaan isu penyelewengan tanah jika Lim membuat cabaran secara rasmi.

Pada masa yang sama, Koh berkata beliau mahu debat itu diadakan secara adil dan diadakan selepas mahkamah selesai mendengar kes itu.

Koh juga meminta semua fail dan dokumen mengenai kes itu yang disimpan di pejabat Ketua Menteri dan jabatan kerajaan negeri diubah status dan diberikan kepadanya untuk beliau bersedia menghadapi debat itu.

Bagaimanapun, dengan perkembangan terkini hari ini, semua syarat seperti telah diketepikan untuk debat diadakan tidak lama lagi.

Sementara itu, Lim ketika dihubungi Rabu malam berharap Koh tidak akan meletakkan sebarang syarat untuk debat pada 20 Ogos itu, dan berkata ia sepatutnya berkenaan isu penyelewengan tanah di Pulau Pinang.

“Apa yang rakyat mahu tahu adalah berkenaan penyelewengan tanah. Jika anda mahu berdebat mengenai isu-isu lain, ia tidak mencapai matlamatnya,” katanya.

Bulan lepas Agenda Daily menganjurkan debat terbuka antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu minyak di Dewan Bahasa dan Pustaka

Advertisements

1 Komen

  1. edward said,

    21 Ogos 2008 pada 6:04 pm

    Hidup BN!!!!!!!!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: