Wanita lebih sesuai lawan Anwar

MALAYSIAKINI – Calon wanita paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh kerana ia mudah diterima oleh pengundi termasuk golongan lelaki.

Ketua Wanita Umno Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid penampilan calon wanita amat sesuai dan tepat setelah beberapa calon lelaki gagal dalam pilihanraya sebelum ini.

“Wanita gigih, tidak mudah mengalah dan berputus asa dan kerana itu ia amat sesuai untuk menentang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dan kami (pergerakan Wanita) mempunyai calon wanita yang memenuhi ciri-ciri tersebut,” katanya ketika ditanya mengenai calon BN yang sesuai untuk menentang Anwar.

Semalam, bekas ketua Umno bahagian Permatang Pauh Datuk Ahmad Saad mendakwa Umno ketandusan calon yang sesuai untuk menentang bekas timbalan perdana menteri itu.

“Beberapa nama yang disebut menjadi calon, sebenarnya tidak mencapai standard untuk mencabar Anwar,” kata bekas orang kuat Anwar itu.

Anwar menjadi ahli parlimen kawasan tersebut selama 17 tahun sejak 1982.

Nama-nama yang disebut-sebut bakal mewakili BN termasuklah ketua Umno bahagian Datuk Abdul Jalil Majid, Ahmad dan calon lama Datuk Pirdaus Ismail.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini menetapkan hari penamaan calon ialah 16 Ogos dan hari mengundi 26 Ogos.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh diadakan ekoran penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi itu bulan lalu.

Bagaimanapun, Jahara berkata, sesiapapun calon BN, mereka mestilah seseorang yang boleh berkhidmat dengan baik kepada penduduk di kawasan tersebut.

“Mereka perlu sihat dan boleh membuat kerja untuk pengundi mereka,” katanya yang juga Adun Teluk Air Tawar.

Sementara itu seorang ahli jawatankuasa bahagian Permatang Pauh, mencadangkan calon yang paling sesuai untuk menentang penasihat PKR mempunyai ciri gabungan kelulusan akademik yang tinggi dan berpendidikan agama.

Abu Bakar Mansor berkata, umur tidak boleh terlalu tua dan kalau boleh dalam lingkungan antara 40 hingga 50 tahun.

“Paling penting anak tempatan kerana mereka lebih tahu mengenai masalah dan keperluan penduduk setempat,” katanya.

Abu Bakar berkata, jika calon BN dapat memenuhi ciri-ciri tersebut, “peluang untuk menang adalah 50-50”.

“Lebih baik jika pucuk pimpinan BN memanggil Tun Dr Mahathir (Mohamad) membantu kempen calon BN kerana beliau boleh menjelas perkara sebenar mengenai Anwar.

“Masalah yang berlaku di kalangan pemimpin Umno bahagian ialah mereka berbalah sesama sendiri hendak menjadi calon dan ini yang menyebabkan Umno lemah.

“Bila tidak terpilih, mereka meminta konco-konco supaya mensabotaj calon dengan menyokong pembangkang,” katanya lagi.

Apa komen anda ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: