BN tentukan calon Permatang Pauh

MALAYSIAKINI – Pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu 4 petang ini, antara lain membincangkan persiapan pilihanraya kecil Permatang Pauh dan tindakan disiplin terhadap Parti Maju Sabah (SAPP).

Setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor minggu lalu dilaporkan berkata mesyuarat jawatankuasa pengurusan BN diadakan pada sebelah pagi tadi.

“Mesyuarat Tertinggi (MT) Umno pula akan menyusul pada 14 Ogos nanti bagi membincangkan perkara yang sama (pilihanraya kecil),” katanya Sabtu lepas.

Tengku Adnan berkata ketiga-tiga mesyuarat tersebut akan turut membincangkan mengenai calon BN yang sesuai mencabar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SAPP diberikan notis tunjuk sebab kenapa tidak boleh dipecat sebagai komponen BN selama 30 hari oleh dewan tertinggi itu selepas mengugut untuk mengeluarkan usul undi tidak percaya terhadap Abdullah di Dewan Rakyat.

Parti dari Sabah itu, dalam jawapannya akhir bulan lepas, tetap mempertahankan usul tersebut.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: