‘Sensitif’ berforum isu tukar agama

MALAYSIAKINI – Perbincangan tentang dampak pertukaran agama seperti kes R Subashini dan S Shamala ibarat “bermain dengan api” dan “boleh membangkitkan salah faham”, kata menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Mengulas cadangan Majlis Peguam membangkitkan dua kes itu dalam forum bertemakan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, pada Sabtu ini, beliau berkata:

“Anda bermain dengan api yang kita ingat sebagai satu unsur kebebasan dan hak kita.

“Jangan kita fikir dalam melaksanakan hak, orang lain juga tidak mempunyai hak, jadi akhirnya dia boleh membangkitkan salah faham.”
Beliau juga dilaporkan berkata: “Saya tak tahu apa matlamatnya, apa isu kandungannya (forum), soal ini dalam negara kita ada proses dan prosedur.

“Kalau ada perkara yang kita tidak puas hati, ada forum (cara) untuk kita menyelesaikan masalah tersebut, bukan melalui perbincangan terbuka yang boleh membangkitkan salah faham atau ketegangan.”

Dalam perkembangan berkaitan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) juga mempersoalkan program Majlis Peguam itu dengan menganggapnya “kurang bersesuaian dan boleh menimbulkan salah tanggapan di kalangan masyarakat.”

Setiausaha agungnya Khairul Ariffin Mohd Munir mencadangkan perbincangan isu dianjurkan secara tertutup “dalam kalangan mereka yang mempunyai latar belakang dalam bidang berkaitan.”

“Walaupun Abim mendukung prinsip kebebasan bersuara dan demokrasi tetapi dalam realiti negara kita, persoalan yang boleh membangkitkan sentimen agama dan kaum harus ditangani dengan lebih berhati-hati dan berhikmah,” katanya dalam satu kenyataan, mengulas ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Jakim semalam dilaporkan menggesa Majlis Peguam “mendidik rakyat mematuhi setiap keputusan mahkamah, termasuk membabitkan hak orang Islam dan hak keistimewaan orang Melayu” seperti termaktub dalam perlembagaan.

Wan Mohamad berkata penganjur forum berkaitan hak Islam dan berasaskan kes yang diputuskan di mahkamah membabitkan orang Islam, ia seperti cuba mempertikaikan keputusan badan kehakiman.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: