PSM sokong penduduk enggan pindah

MALAYSIAKINI – Parti Sosialis Malaysia (PSM) Johor menyokong keputusan penduduk Kampung Baru Plentong Tengah (KBPT) terus mempertahankan hak perumahan mereka daripada pemaju Bukit Lenang Development Sdn Bhd.

“Penduduk KBPT merupakan peneroka bandar di tanah tersebut sejak 1980-an. Mereka telah berusaha membeli tanah yang asalnya tiada pemilik ini tetapi gagal selepas geran tanah tersebut diberi kepada syarikat swasta,” kata seorang penyelaras parti itu Choo Shinn Chei.

Menurut satu kenyataannya, sejak tahun-tahun tersebut, penduduk KBPT berusaha mendapatkan hak milik tanah tersebut tetapi berdepan masalah dengan pemaju.

“Pemaju sekarang Bukit Lenang Development Sdn Bhd telah membeli tanah ini pada tahun 1996, 11 tahun selepas penduduk tinggal atas tanah ini.

“Bukit Lenang telah cuba mengusir penduduk keluar dari tanah ini dengan menyaman penduduk di mahkamah sejak 10 tahun yang lepas,” jelas Choo lagi.

Penduduk KBPT menerima notis mahkamah yang mengarahkan mereka berpindah pada 14 Ogos.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: