Polis didakwa ‘berniat jahat’

MALAYSIAKINI – Enam orang lelaki terus ditahan oleh polis walaupun dua majistret di mahkamah berasingan telah memerintahkan mereka dibebaskan segera.


Mahkamah majistret pada 31 Julai telah mengarahkan keenam-enamnya dibebaskan dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya setelah setelah direman empat hari atas siasatan kes berhubung penculikan.

Bagaimanapun mereka dipindahkan ke IPD Klang pada hari yang sama dan dibawa ke depan majistret atas siasatan berhubung rompakan berkumpulan.

police abuse suhakam pc 050808 01Majistret Klang juga mengarahkan mereka dibebaskan.

Mereka kemudian dipindahkan sekali lagi ke IPD Petaling Jaya dan ditahan bawah Ordinan Darurat yang membenarkan penangkapan sehingga 60 hari tanpa dibawa depan majistret.

Dua di antara mereka Al-Amin Zulkernain dan Samuel Raj Sivajothi membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) petang ini berhubung dakwaan “salah guna kuasa polis” dan tindakan pasukan itu yang dianggap “berniat jahat” (mala fide).

Peguam kedua-duanya Francis Pereira berkata, Al-Amin juga mendakwa beliau dipukul sewaktu siasatan di Petaling Jaya.

Aduan Al-Amin disampaikan oleh isterinya Fatimah Begum Mohd Kasim, sementara Samuel Raj diwakili kakaknya Padmini Sivajothi, kepada naib pengerusi Suhakam, Tan Sri Simon Sapuan di pejabat suruhanjaya itu di Jalan Raja Laut.

Turut hadir dalam majlis itu, pesuruhjaya Datuk Siva Subaramaniam, ketua bahagian aduannya Nurul Hasanah Ahamed, dua lagi peguam dan ahli-ahli keluarga Al-Amin dan Samuel Raj.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: